Harian Metro

Koleksi klasik wanita moden

-

Koleksi klasik untuk gaya wanita moden. Himpunan kosmetik baru Eleanor ini bukan saja unik dari sudut persembaha­n, malah menawarkan pilihan rona gincu, pemerah pipi dan pembayang mata elegan, khusus untuk wanita yang mementingk­an gaya serta kepuasan memiliki barang mekap.

Mengambil inspirasi daripada seni, Eleanor direka untuk menyatukan solekan dengan nilai estetika seni, sekali gus memberi pengalaman unik baru kepada golongan wanita.

Malah, Eleanor percaya bahawa minat mendalam wanita terhadap dunia solekan juga boleh menjadi satu cabang seni. Dengan kepercayaa­n itulah jenama ini memilih seni sebagai sumber inspirasi.

Produk negara matahari terbit ini mahu setiap wanita membina pesona indah dan menonjolka­n bakat seni mereka untuk menyerlahk­an kecantikan sendiri. Rangkaian kosmetik lengkap ini boleh didapati di 20 butik Sasa terpilih di seluruh negara.

Khasiat minyak kelapa dara (VCO) digunakan secara tradisi sejak dahulu dan kajian demi kajian yang dijalankan oleh pakar bertauliah mengangkat ia sebagai antara makanan tambahan yang terbaik di peringkat yang lebih tinggi.

Minyak kelapa dara adalah 100 peratus organik dan diproses daripada buah kelapa yang sinonim sebagai tanaman komuniti di negara ini. Menggunaka­n buah kelapa yang matang dan berkualiti, penghasila­n VCO tidak diadun secara kimia atau campuran bahan terlarang menyebabka­n ia kaya nutrisi seperti vitamin E yang baik untuk kulit.

Menyedari potensi VCO, syarikat tempatan yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan, Synergy Rich Resources memperkena­lkan Minyak Kelapa Dara Moss Mayra.

Menurut pengasasny­a,

Siti Jamalina Shaari,

VCO mempunyai banyak kelebihan antaranya bertindak sebagai krim pelembap yang berkesan dan penggunaan berterusan membantu mengelak kulit kering dan mengelupas.

“Kelembapan kulit akan membantu melambatka­n proses penuaan dan berkurangn­ya keanjalan kulit yang lazim berlaku dengan peningkata­n usia. Minyak organik tulen ini disyorkan untuk semua peringkat usia terutama wanita hamil bagi mengurangk­an gejala mual dan muntah selain masalah parut dan selulit di bahagian perut.

“Selain itu ia juga sesuai juga untuk ibu semasa berpantang kerana membekalka­n tenaga dan membantu proses pemulihan di samping mengatasi masalah sembelit. Bagi ibu yang menyusukan pula ia membantu mengurangk­an risiko bayi terkena demam kuning, menambah pengeluara­n susu, mengurangk­an rambut gugur, mengembali­kan kulit kusam dan membantu mengurangk­an berat badan,” katanya.

Tambahnya, VCO juga sesuai untuk minyak urut bayi dan membantu mengatasi masalah kulit ruam, kering dan melecet bahkan sapuannya menghalusk­an kulit bayi.

Minyak keluaran syarikat itu yang disediakan dalam bentuk gel lembut mendapat pengiktira­fan halal dari Jakim. Jenama itu menyasarka­n jualan 300,000 botol penghujung Disember 2018 dan ia dapat dengan pelantikan ejen serta stokis baru di seluruh negara.

“Memang benar kami ada sasaran, namun kami juga mahu berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mahu menambah pendapatan. Kami berhasrat mempunyai 1,000 pengedar menjelang akhir 2018. Bagi merealisas­ikan hasrat itu, syarikat menyediaka­n kumpulan bimbingan percuma untuk memastikan mereka mempunyai ilmu dalam bidang pemasaran.

“Produk ini dijual pada harga mampu milik iaitu RM40 sebotol dan disenaraik­an minyak makan yang baik di dunia kerana mempunyai pelbagai manfaat kepada tubuh termasuk wanita hamil,” katanya.

 ??  ?? SYAA Nasir menunjukka­n krim pencerah White Holic
yang mencipta fenomena di Korea.
SYAA Nasir menunjukka­n krim pencerah White Holic yang mencipta fenomena di Korea.
 ??  ?? TETAMU mencuba produk ketika pelancaran Eleanor.
TETAMU mencuba produk ketika pelancaran Eleanor.
 ??  ?? SITI Jamalina bersama produk softgel minyak kelapa dara.
SITI Jamalina bersama produk softgel minyak kelapa dara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia