Harian Metro

‘Dia senang diuruskan’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Cinta mengunggul­i segalagala­nya.

Itulah yang dipegang isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin iaitu Datin Khaw Lean Kee.

Sejak dua tahun lalu, Khaw bertungkus-lumus menjaga suaminya yang kini menghidap Alzheimer.

“Dia sangat mudah dijaga dan tak banyak ragam. Kalau sampai masa untuk makan, saya akan suapkan makanan dan dia tak memilih apa makanan yang diberikan.

“Sampai masa untuk makan ubat, dia juga mudah dan tak banyak masalah. Mungkin dalam ujian berat ini, ada juga perkara mudah untuk saya menjaga suami,” katanya.

Ketika ditemui di kediamanny­a di Petaling Jaya, Selangor, Ooi, 80, yang pernah menghasilk­an beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarha­m Sudirman, Datuk M Nasir dan Rahimah Rahim hanya duduk diam tanpa berkata apa-apa.

“Dia tak ingat apaapa dah sekarang. Tapi yang mudahnya, dia tak mengganggu orang lain dan hanya duduk diam dengan melakukan apa yang dia suka,” katanya.

Ditanya mengenai anak, wanita berusia 78 tahun itu berkongsi cerita mengenai dugaannya yang lain.

“Saya ada dua anak iaitu Raymond dan Ronny. Ronny, anak kedua saya meninggal dunia ketika berusia 23 tahun kerana ketumbuhan dalam kepala.

“Raymond yang kini berusia 54 tahun juga mengalami ketumbuhan sama dan pernah tiga kali menjalani pembedahan. Kini, saya menjaganya dan suami,” katanya.

Khaw mengungkap­kan rasa terharunya apabila ramai yang menghubung­i dan menyalurka­n sumbangan bagi meringanka­n beban dia dan keluarga.

“Terima kasih kepada rakan yang menghubung­i dan menyalurka­n sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada saya sekeluarga.

“Ada yang memberikan wang dan ada juga yang memberikan dalam bentuk barang keperluan dapur.

“Walaupun ada yang berbeza agama dan kaum,

 ??  ?? KHAW tabah dengan dugaan
menimpa keluargany­a.
KHAW tabah dengan dugaan menimpa keluargany­a.
 ??  ?? KEADAAN Ooi yang kini
menghidap Alzheimer.
KEADAAN Ooi yang kini menghidap Alzheimer.
 ??  ?? KHAW turut menjaga anaknya, Raymond yang mengalami ketumbuhan dalam kepala.
KHAW turut menjaga anaknya, Raymond yang mengalami ketumbuhan dalam kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia