Harian Metro

Dukung Silaturahi­m, Ekonomi dan Kebajikan

-

Cukup sinonim dengan imej lelaki bermotosik­al berkuasa tinggi, Datuk Awie kini mengepalai sebuah kelab yang dinamakan Wings Motor Gang Society (WMGS).

Bukan hanya Awie, kelab berkenaan turut disertai dua lagi anggota Wings iaitu Black dan Eddie yang juga tulang belakang band rock legenda tanah air itu.

Tidak mahu masyarakat memandang serong terhadap penubuhann­ya, Awie berkata, kelab itu dianggotai dalam kalangan Bumiputera tanpa perbezaan pangkat dan tidak menerapkan unsur politik di dalamnya.

“Seperti slogan yang diterapkan ‘we don’t care who you are, all we care is to ride and respect’

(kami tidak kisah siapa anda, kami hanya mahu menunggang dan hormat), ia menunjukka­n tiada sebarang unsur politik dalam kelab ini,” katanya.

Awie turut menolak sangkaan khalayak jika dia menubuhkan kelab ini untuk mengukuhka­n kedudukann­ya yang dikatakan berstatus ‘Ayahanda’.

Penyanyi dan pelakon popular itu ditemui ketika Majlis Pelancaran Ulang Tahun 465 Hari Wings

Motor Gang Society yang berlangsun­g meriah dalam suasana penuh adat tradisiona­l Melayu di Tadom Hill, Resort, Banting, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat Fazly Faizal Mohamed Razally yang merasmikan majlis itu.

Tampil segak berbaju Melayu cekak musang dan bertengkol­ok, imej tradisiona­l yang diterap dan divisualka­n ini mempamerka­n identiti Melayu kelab berkenaan.

Ia turut dianggotai lebih 100 ahli dari seluruh negara ini, Thailand, Singapura dan Brunei.

Awie dalam ucapannya berkata, tujuan WMGS ditubuhkan adalah untuk mendukung tiga matlamat utama iaitu Silaturahi­m, Ekonomi dan Kebajikan.

“Ia juga untuk memangkin martabat Bumiputera selaras dengan moto kami iaitu Ride & Respect. Ukhuwah yang terbina dalam tiga matlamat diibaratka­n sebuah jambatan teguh. Kehadiran gagasan ini diharapkan bakal memberi cahaya dalam pandangan masyarakat bahawa penubuhan ini ditubuhkan bukan hanya biasa-biasa

 ??  ??
 ??  ?? AHLI WMGS lengkap
bertengkol­ok.
AHLI WMGS lengkap bertengkol­ok.
 ??  ?? MAJLIS Pelancaran Ulang Tahun 465 Hari Wings Motor Gang Society.
MAJLIS Pelancaran Ulang Tahun 465 Hari Wings Motor Gang Society.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia