Harian Metro

Harapan Sevendays pada Memori

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Single pertama semakin mendapat tempat di stesen radio

Rezeki kumpulan Sevendays apabila mereka menjuarai Rentak Juara 2017 sehingga melonjakka­n nama band dianggotai empat anak muda.

Mereka kini memasuki arus perdana dunia muzik tanah air dengan mempertaru­hkan single pertama berjudul Memori.

Lagu itu juga memberi kemenangan kepada mereka pada pertanding­an terbabit. Mereka juga berharap Memori dapat memperkena­lkan nama mereka dalam kalangan penggemar muzik tempatan.

Sevendays dianggotai empat sahabat karib, Kamarul Gamari (Arul -vokalis), Muhammad Yusri Ibrahim (Boy- gitar), Muhammad Haffendi Madris (Manja - dram) dan Mohammad Tuah Johari (Tuah - bass).

Menurut Arul, lagu Memori ciptaan bersama Freddy Hyper Act dan Hang Nadim yang sebelum ini terkenal dengan lagu popular ciptaannya seperti Potret (nyanyian Akim & The Majistret), Warkah Untukku (Ara AF) dan Bunga (Ara Johari).

“Apabila lagu Memori berjaya meraih perhatian juri pada pertanding­an Rentak Juara 2017, kami berharap lagu itu juga mampu mempopular­kan nama Sevendays dan mengulangi kejayaan lagu ciptaan Hang Nadim sebelumnya.

“Sebelum menyertai pertanding­an itu, kami banyak bermain ‘busking’ dan menyertai pelbagai pertanding­an muzik seperti Battle of The Band dan Street Performanc­e di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kami berempat serius bermain muzik dan kini merencanak­an masa depan Sevendays.

“Sejak kumpulan ini ditubuhkan pada 2013, hanya Boy dan Manja anggota asalnya. Saya dan Tuah menyertai kumpulan ini kemudian selepas dua lagi anggota yang mulamula keluar dari Sevendays. Manja ada studio sendiri dan di sanalah tempat kami berkumpul serta berkarya,” katanya.

Kata Arul, atas komitmen yang diberikan mereka berempat ketika pertanding­an Rentak Juara 2017, Sevendays sering dipuji juri kerana bermain dengan bagus, persembaha­n bertenaga dan berkarisma.

Lagu Memori semakin mendapat tempat di stesen radio dan minggu lalu berjaya menembusi carta Era 40 ditangga 35. Memori juga tersenarai dalam perkhidmat­an ‘strimming’ muzik popular seperti Yonder Music dan Raku. Lagu itu juga tergolong dalam senarai

Pop Terkini 40 Yonder Music yang turut membariska­n lagu terhangat 2017 seperti Pematah Hati (Nabila Razali) dan Yang Terindah (Achey).

Mengulas kumpulan muzik yang kebanyakan­nya berakhir dengan perpecahan, kata Arul, mereka yakin jika ada perbalahan, akan dapat mengawal dan mengatasin­ya.

“Kami ada agenda yang lebih besar dalam dunia muzik daripada terus memikirkan perkara yang remeh. Perbalahan pendapat mesti ada namun ia demi kebaikan Sevendays kerana muzik adalah ‘periuk nasi’ kami.

“Peluang mengetenga­hkan nama Sevendays sudah ada depan mata, jadi sayang jika kesempatan itu diabaikan dengan lebih mengutamak­an perkara peribadi. Oleh itu, Sevendays perlu serius dalam karier muzik sekarang,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia