Harian Metro

Saksikan lumba kereta selebriti

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Artis turut buat penampilan di pekarangan festival TGR untuk bertemu peminat

Medini City di Iskandar Puteri, Johor Bahru akan dimeriahka­n dengan barisan ramai selebriti hujung minggu ini.

Ia bersempena festival perlumbaan Toyota

Gazoo Racing (TGR) dalam mempamerka­n Perlumbaan Vios Challenge yang menampilka­n lapan selebriti terkenal termasuk Fattah Amin, Shukri Yahaya, Janna Nick dan Diana Danielle.

Mereka semua sudah menunjukka­n kemahiran memandu yang sangat baik ketika mengendali­kan jentera lumba Toyota Vios masing-masing setakat ini.

Mereka akan disertai selebriti lain seperti penyanyi Geraldine Gan, Danny Koo, beatboxer Shawn Lee dan model Venice Min yang turut sama berlumba hujung minggu ini.

Selama dua hari bermula Jumaat ini, semua selebriti akan membuat penampilan di pekarangan festival untuk bertemu peminat.

Mereka akan menurunkan tandatanga­n, mengambil gambar dan mengagihka­n cenderahat­i. Tidak ketinggala­n, mereka juga akan membuat persembaha­n di pentas utama pada setiap petang.

Turut sama menyertai mereka ialah barisan selebriti daripada siri Drama Sangat dengan bas jelajah Media Prima.

Mereka ialah Nazrief Nazri, Intan Najwa, Adiba Yunos, Aishah Azman, Raja Afiq, Ruhainies, Zie Zainal dan Aliff Asraff.

Tidak ketinggala­n, penampilan watak superhero Ejen Ali bersama Comot sepanjang dua hari festival berlangsun­g.

Jangan ketinggala­n untuk hadir dan memeriahka­n festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) ini.

Orang ramai dijemput memeriahka­n aktiviti disediakan. Tidak ketinggala­n, acara aksi perlumbaan, trak makanan dan pertunjuka­n lagak ngeri.

Masuk adalah percuma sepanjang acara ini. Ia akan bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.

Bagi yang ingin mengikuti perkembang­an terkini berkaitan Vios Challenge, lawati laman rasmi Toyota Gazoo Racing Malaysia atau ikuti akaun Instagram dan Facebook.

 ??  ?? DARI kiri, Fatah, Shukri, Janna dan Diana di Johor Bahru, Jumaat dan Sabtu ini.
DARI kiri, Fatah, Shukri, Janna dan Diana di Johor Bahru, Jumaat dan Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia