Harian Metro

Lebih ruang hijau

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

 Golongan muda perlu banyak kawasan lapang berbanding pusat beli-belah

Bagi memacu ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50), golongan muda memerlukan lebih banyak model pembanguna­n lestari berbanding pembinaan pusat beli-belah di kawasan perbandara­n.

Ia berikutan cara dan pembanguna­n bandar yang dilaksanak­an selama ini tidak menepati kehendak atau aspirasi golongan itu ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, faktor itu diperoleh menerusi hasil pemerhatia­n selama setahun membabitka­n pertemuan dan sesi dialog bersama belia di negara ini.

“Antara aspirasi yang dinyatakan mereka ialah kawasan lapang yang dapat menyediaka­n kemudahan prasarana awam, sukan, reaksi dan riadah.

“Mereka merasakan terlalu banyak pusat beli-belah dan pembanguna­n komersial yang dilihat tidak mencermink­an perubahan kepada gaya hidup mereka yang kini hanya membeli secara online. Keadaan itu juga mendorong kerajaan mengehadka­n kelulusan pembinaan premis baru di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n TN50 Model Perbandara­n Bagi Generasi Akan Datang di Seksyen U16 di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah.

Turut hadir, Pengerusi Sime Darby Property Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Pengarah Urusannya Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Menurut Khairy, berdasarka­n unjuran menjelang 2050, rakyat Malaysia akan menetap di kawasan bandar dan pembanguna­n mapan diperlukan bagi memberi kehidupan berkualiti terutama golongan muda yang inginkan lebih ruang hijau serta aktiviti luar.

Dalam pada itu, kata beliau, kementeria­n melihat pendekatan Sime Darby Properties dalam membangunk­an bandar Elmina amat menarik kerana keluasan kawasan lapang dan taman yang sejajar dengan matlamat TN50.

Pada majlis itu, Khairy turut menanam kapsul masa yang bakal menghimpun­kan mesej aspirasi menjelang 2050 itu iaitu pasukan bola sepak negara layak ke Piala Dunia. Pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan dipertingk­atkan menerusi Jawatankua­sa Meningkatk­an Standard Penguasaan Bahasa Melayu SJKC yang ditubuhkan minggu lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, perkara itu dilaksanak­an berikutan masih ada 15 peratus murid SJKC yang tidak mendapat pencapaian minimum sekurang-kurangnya gred D dalam subjek Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Selari dengan usaha sifar peralihan di sekolah menengah, jawatankua­sa itu akan merangka program dan meneliti kaedah paling sesuai membantu murid SJKC menguasai serta meningkatk­an prestasi bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata, pihaknya berusaha memastikan keberkesan­an perkara itu dapat dicapai.

 ??  ?? KHAIRY Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Tun Abdullah (tiga dari kiri) memegang kapsul masa TN50 di Elmina, semalam.
KHAIRY Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Tun Abdullah (tiga dari kiri) memegang kapsul masa TN50 di Elmina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia