Harian Metro

Kajian beg berat hampir siap

-

Johor Bahru: Kajian berkaitan isu beg berat dalam kalangan murid bagi mencari jalan penyelesai­an oleh Kementeria­n Pendidikan berada di peringkat akhir dan dijangka dibentangk­an dalam tempoh sebulan akan datang.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata, perkara itu disifatkan penting bagi meredakan keresahan ibu bapa apabila anak-anak terutama murid tahun satu terpaksa menggalas beg sekolah yang berat.

“Saya sendiri pergi ke sekolah dan periksa beg murid ini terutama tahun satu. Saya nampak buat masa ini isu berat beg yang mereka bawa ke sekolah berkuranga­n sedikit, tetapi kami akan terus memantau,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai usaha Kementeria­n Pendidikan mengumpul maklumat mengenai perbezaan bebanan buku yang dibawa murid sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menangani isu murid dibebani kerja sekolah serta beg sekolah berat.

Perkara berkenaan mendapat perhatian Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid, malah pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sudah memulakan proses mengumpul data dengan mengunjung­i sekolah sebelum menghantar maklumat penuh kepada kementeria­n untuk tindakan lanjut.

Kamalanath­an berkata, bagi SJKT, pihak guru besar dan guru di sekolah berkenaan diminta supaya tidak membebani murid dengan buku untuk tempoh seminggu.

“Sebaliknya bawa buku untuk (sesi pembelajar­an) hari itu saja dan mengikut jadual. Tetapi kadang-kadang bukan berat buku, tapi beg yang berat, selain faktor roda serta pemegang beg itu, sedangkan buku beberapa saja,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Pengoperas­ian SJKT Ladang Bukit Serampang, Bukit Indah, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Shaharudin Sharif dan Pengerusi Perhubunga­n MIC Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gambir Datuk M Asojan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia