Harian Metro

Dituduh ugut bunuh kekasih bekas isteri Cikgu tuisyen nafi tipu

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh kekasih bekas isterinya akibat cemburu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Asmawi Hasni, 39, dari Kampung Duyong Besar di sini, turut berdepan hukuman penjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi

Salim selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengugut mahu membunuh Muhammad Amirul Azman, 21, di sebuah restoran di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 3.30 petang, 8 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Seorang guru tuisyen didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap dua tuduhan melakukan penipuan bagi mendapatka­n lesen memandu pada November tahun lalu.

Mohd Nortarmizi

Misrun, 31, dari Taman Putra Sri Mahkota, Jalan Gambang di sini, bagaimanap­un, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Di Mahkamah Majistret 1, tertuduh yang masih bujang didakwa mendorong Muhammad Asyraf Nazairi, 19, menyerahka­n wang tunai RM170 bagi mendapatka­n lesen memandu B2 dan D yang tidak wujud di Maktab Adabi, Batu 3 di sini, antara 1 hingga 30 November tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara

 Didakwa ambil duit untuk dapatkan lesen memandu tak wujud

maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan di depan Majistret Nurunaim Abdullah.

Pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 namun tertuduh memohon jumlah itu dikurangka­n dengan alasan perlu menyara bapa dan adiknya yang masih belajar dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamim dan menetapkan 29 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret 2 pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Muhammad Jafni Daniel Jailani, 21, membabitka­n jumlah RM100 di lokasi dan tarikh sama.

Majistret Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan turut menetapkan 29 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan.

 ??  ?? TERTUDUH diiringi anggota polis di pekarangan mahkamah, semalam.
TERTUDUH diiringi anggota polis di pekarangan mahkamah, semalam.
 ??  ?? ASMAWI berdepan penjara tambahan jika gagal bayar denda.
ASMAWI berdepan penjara tambahan jika gagal bayar denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia