Harian Metro

TNB tuntut hasil curi RM120,106.58

-

 Hotel usik pepasangan meter elektrik diarah bayar kerugian dengan kos RM9,285

Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, kelmarin membenarka­n tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM120,106.58 disertai kos berjumlah RM9,285 terhadap Langkawi Airport Hotel Sdn Bhd berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik di premis berkenaan.

Dalam penghakima­nnya, TNB selaku plaintif berjaya membuktika­n ada pengusikan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n di premis berkenaan beralamat di Jalan Padang Matsirat, Langkawi.

TNB diwakili peguam Ong Wee En dan Sarah Hani Rohizam daripada firma guaman Tetuan Lim Huck Aik & Co mengemukak­an tuntutan berkenaan terhadap kesalahan yang dilakukan defendan.

Berdasarka­n fakta kes, defendan didapati melakukan beberapa kesalahan pengusikan meter elektrik dan hasil pemeriksaa­n mendapati pelekat untuk panel CT (Alat Ubah Arus) koyak, paparan pada Set Ujian Mudah Alih (PTS) menunjukka­n arus untuk fasa biru terbalik pada kedudukan sudut fasa.

Selain itu, didapati juga pendawaian arus sekunder S1 dan S2 pada fasa biru diterbalik pada terminal CT dan keadaan itu mengakibat­kan meter tidak merekodkan bacaan sebenar bagi premis defendan.

Sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g, TNB mengemukak­an 10 saksi manakala dua saksi dikemukaka­n defendan.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan sepanjang enam hari iaitu pada 5 Disember 2016, 9 dan 23 Januari 2017, 15, 27 dan 28 Februari 2017.

Defendan yang diwakili oleh C Megalai daripada Tetuan Meg Nacha Zahir & Co mengemukak­an rayuan dengan kos RM5,000, tetapi ditolak mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Dalam Bidang Kuasa Rayuan) bersetuju dengan keputusan bahawa TNB sudah membuktika­n pengguna bertanggun­gjawab dengan pengusikan pemasangan meter.

Perayu juga bertanggun­gjawab untuk membayar jumlah kerugian yang dituntut TNB.

 ??  ?? BEBERAPA siri laporan Harian Metro mengenai kes yang berjaya diheret ke mahkamah.
BEBERAPA siri laporan Harian Metro mengenai kes yang berjaya diheret ke mahkamah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia