Harian Metro

Doktor ke rumah

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Aplikasi Doctor2U mudahkan urusan rawatan kesihatan pemegang polisi insurans

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) terus komited menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan dengan menjalin usaha sama bersama BP Healthcare Group menerusi aplikasi kesihatan mudah alih, Doctor2U.

Ketua Pegawai Operasi PAMB Wong Eng Teng berkata, usaha sama yang terjalin itu memudahkan pemegang polisi dan pemegang sijil mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan serta diskaun lawatan doktor ke rumah menerusi aplikasi berkenaan.

“Pengguna yang melanggan dengan premium tahunan serta sumbangan tahunan premium kini tidak perlu menunggu lama dan beratur panjang di klinik atau hospital untuk mendapatka­n rawatan kesihatan.

“Malah mereka kini boleh mendapatka­n doktor berkelayak­an penuh yang disediakan Doctor2U untuk menjalanka­n ujian pemeriksaa­n kesihatan di lokasi pilihan mereka termasuk di rumah,” katanya pada Majlis Pelancaran Usahasama Strategik antara PAMB dan PruBSN bersama BP Healthcare Group di sebuah hotel, di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Ali Health Sdn Bhd Datuk Razak Yusoff, Ketua Pegawai Operasi PruBSN Ahmir Ud Deen, Pengerusi BP Healthcare Group Datuk Beh Chun Chuan dan Pengasas Doctor2U Garvy Beh. Menurutnya, aplikasi itu juga boleh digunakan untuk mendapatka­n polisi, sijil serta perlindung­an dengan lebih cepat.

“Melihat kepada setiap cadangan dikemukaka­n pelanggan, kami ingin menambah baik mutu perkhidmat­an yang membolehka­n pengguna berhubung secara langsung dengan doktor menerusi panggilan video dalam aplikasi Doctor2U,” katanya.

 ??  ?? APLIKASI Doctor2U yang dilancarka­n dengan usahasama PAMB dan PruBSN.
APLIKASI Doctor2U yang dilancarka­n dengan usahasama PAMB dan PruBSN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia