Harian Metro

Tokan edar ‘gula-gula’ serbuk khayal

-

Kuantan: Tindakan licik seorang lelaki dipercayai pengedar menjual dadah dibungkus menggunaka­n plastik gula-gula dan turut mempunyai logo halal terbongkar apabila ditahan polis di Taman Pertama di sini, Sabtu lalu.

Taktik suspek berusia 38 tahun menyimpan dadah methamphet­amine dalam bekas gula-gula itu bertujuan mengelak kegiatanny­a dikesan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Kudin berkata, suspek yang mempunyai 14 rekod kesalahan lampau ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri yang melakukan pemeriksaa­n, jam 4.30 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas Perodua Myvi dinaiki suspek, polis menemui satu kotak berwarna perang mengandung­i dadah bernilai RM65,500.

“Polis merampas 200 peket dadah methamphet­amine seberat 1,660.8 gram, syabu (101.8 gram) dan 500 pil Eramin5,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki berasal dari daerah ini menggunaka­n taktik meletakkan dadah dalam bungkusan seolah-olah gula-gula bagi mengelak kegiatanny­a dikesan pihak berkuasa.

“Setiap bungkus dadah berkenaan diletakkan dalam plastik gula-gula itu dijual dengan harga RM250 dan boleh digunakan tiga penagih. Pengguna dadah ini akan memasukkan­nya ke dalam minuman dan ia sering digunakan di pusat hiburan.

“Ada empat bungkusan perisa gula-gula digunakan iaitu oren, anggur, strawberi dan nanas,” katanya. Tindakan seorang penganggur menyembuny­ikan dadah dalam seluar dalam dipakainya gagal apabila bahan terlarang itu ditemui ketika pemeriksaa­n polis di depan sebuah rumah di Kampung Jeram, Manir di sini, Ahad lalu.

Selain menemui 52 pil merah dalam seluar dalam dipakai suspek berusia 21 tahun itu, polis turut menemui serbuk atau ketulan kristal dipercayai dadah disembunyi­kan di bawah tempat duduk motosikal ketika Op Tapis, jam 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah

Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd

Rafar berkata, pemeriksaa­n itu dilakukan hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan sebelum menahan suspek yang berada di atas motosikal di depan sebuah rumah.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n terhadap suspek, polis menemui beg kecil berzip dalam seluar dalam dipakai mengandung­i enam tiub penyedut minuman berisi pil merah disyaki dadah.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut menemui dua kotak rokok dan satu peket plastik biru di bawah tempat duduk motosikal mengandung­i pil merah serta serbuk atau ketulan kristal disyaki dadah.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 18 tahun bersama pil kuda dalam operasi sama di sebuah rumah di Kampung Tebauk di sini, jam 2 petang.

 ??  ?? JAMALUDDIN menunjukka­n satu peket dadah dibungkus dalam plastik gula-gula berperisa mengandung­i serbuk methamphet­amine yang dirampas.
JAMALUDDIN menunjukka­n satu peket dadah dibungkus dalam plastik gula-gula berperisa mengandung­i serbuk methamphet­amine yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia