Harian Metro

PERUNTUK RM700J

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 MBSB biaya fasiliti Islamik bagi pembinaan 8 projek RUMAWIP

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) memperuntu­kkan kira-kira RM700 juta pembiayaan fasiliti Islamik bagi pembinaan lapan projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, sebelum ini MBSB membiayai sembilan projek RUMAWIP di seluruh Lembah Klang membabitka­n nilai pembanguna­n kasar

(GDV) RM1.66 bilion.

Katanya, RM594.85 juta pembiayaan diluluskan bagi sembilan projek terbabit yang terdiri daripada 5,768 unit perumahan RUMAWIP.

“Manakala, nilai pembiayaan RM355 juta bagi projek RUMAWIP dengan anggaran GDV RM1.12 bilion untuk membangunk­an 1,336 unit masih dalam proses.

“Kami ingin meningkatk­an fokus kami dalam segmen perumahan mampu milik dan setakat ini, komitmen kami membuahkan hasil dan MBSB akan terus memainkan peranan yang penting ini,” katanya di majlis perasmian penyempurn­aan perjanjian antara MBSB dan Hektar Aneka Sdn Bhd di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengarah Hektar Aneka Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Ahmad Zaini berkata, MBSB turut menawarkan pembiayaan fasiliti Islamik berjumlah RM161.3 juta bagi pembinaan projek RUMAWIP Residensi Hektar di Jalan Gombak.

Menurutnya, MBSB juga menyediaka­n pembiayaan kepada bakal pembeli projek terbabit dengan pakej perumahan yang menarik.

Ditanya mengenai unjuran segmen hartanah dan MBSB, beliau berkata, pihaknya menjangkak­an pasaran akan kekal mencabar dan MBSB akan terus menjadi pembiaya utama serta memberi fokus kepada projek perumahan mampu milik.

 ??  ?? TENGKU Adnan (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Rozabil (kiri) dengan Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Korporat MBSB Datuk Nor Azam M Talib di Kuala Lumpur, semalam.
TENGKU Adnan (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian antara Rozabil (kiri) dengan Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Korporat MBSB Datuk Nor Azam M Talib di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia