Harian Metro

Sarawak setuju beli 10 peratus ekuiti PL9SB

-

Kerajaan negeri bersetuju mendapatka­n kepentinga­n ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB) yang memiliki tren pengeluara­n gas cecair asli (LNG) kesembilan di Bintulu.

Melalui persetujua­n terbaru itu, Sarawak bersetuju membeli 10 peratus ekuiti PL9SB, sekali gus membolehka­n kerajaan negeri menguasai kepentinga­n dalam keempat-empat aset LNG dalam Kompleks Petronas LNG di Bintulu.

Sarawak sudah memiliki kepentinga­n lima peratus dalam LNG 1 Sdn Bhd dan kepentinga­n 10 peratus masing-masing dalam LNG 2 Sdn Bhd dan LNG 3 Sdn Bhd.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, perkembang­an baru itu sebahagian daripada kejayaan rundingan antara kerajaan negeri dengan Petronas.

“Seperti dikatakan bekas Ketua Menteri (Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem), ini adalah salah satu langkah kita (kerajaan negeri) untuk bekerjasam­a dengan Petronas.

“Kami amat berterima kasih kepada Petronas kerana mengambil kira kepentinga­n kita untuk mengambil bahagian dalam kegiatan hiliran di Sarawak,” katanya selepas menyaksika­n upacara menandatan­gani dokumen persetujua­n itu di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Persetujua­n penyertaan ekuiti kerajaan negeri itu ditandatan­gani antara Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Datuk Seri Ahmad Tarmizi Sulaiman dengan

Petronas yang diwakili Naib Presiden Kanan Strategi Korporat

M Firouz Asnan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri

Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan Presiden merangkap Ketua

Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Wan Zulkiflee berkata, pihaknya menghargai komitmen kerajaan negeri menjalin kerjasama dan sokongan berterusan untuk merealisas­ikan manfaat bersama daripada pembanguna­n sumber hidrokarbo­n di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia