Harian Metro

BMMB ahli pertama GABV di Asia Tenggara

-

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) sudah menjadi ahli Perikatan Global Untuk Perbankan Nilai (GABV), sebuah rangkaian bank berasaskan nilai terkemuka di dunia.

Presidenny­a Datuk Mohd Reza Shah Abdul Wahid berkata, bank itu secara rasmi diterima sebagai ahli pada 15 November 2017 dan menjadi bank Islam pertama dan bank komersial pertama di Asia Tenggara untuk menjadi ahli.

“Kami selalu menganggap perbankan Islam adalah berasaskan nilai, tetapi tidak pernah diuji di peringkat antarabang­sa.

“Ia mengambil masa satu tahun (proses) untuk menjadi ahli GABV, tetapi perjalanan itu bermula dengan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkena­lkan GABV kira-kira dua tahun lalu di Forum Kewangan Islam Global yang memberi cabaran untuk bank Islam menjadi ahli,” katanya kepada pemberita selepas pengiktira­fan rasmi BMMB sebagai anggota GABV di sini.

Untuk menjadi ahli GABV, sesebuah bank perlu melalui proses yang ketat dan akan dikaji semula setiap tahun untuk memastikan ia terus mematuhi pelbagai prinsip perikatan itu.

Mohd Reza berkata, sebagai ahli GABV, ia meletakkan BMMB di arena antarabang­sa bank bertaraf dunia sambil menempatka­n nilai yang dipercayai di pentas global walaupun ia sebuah bank kecil.

Ia juga membantu bank itu dalam penjenamaa­n dan mengukur dirinya dari segi standard dan pembanguna­n sosial global yang perlu disesuaika­n dalam masyarakat.

“Melangkah ke hadapan, bank akan memulakan pembanguna­n mampan secara lebih agresif menggunaka­n standard antarabang­sa dengan membawa amalan terbaik yang dipelajari daripada ahli lain ke dalam bank,” katanya.

Pengerusi BMMB Tan Sri Munir Abdul Majid dalam ucapannya berkata, sebagai bank Islam, BMMB bertanggun­gjawab untuk memangkink­an perubahan sosial dan mewujudkan nilai kepada orang ramai.

 ?? Mohd Reza Shah Abdul Wahid ?? PENASIHAT Kanan GAVB David K Korslund (kiri) menyerahka­n pengiktira­fan rasmi kepada Munir dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Ia mengambil masa satu tahun (proses) untuk menjadi ahli GABV, tetapi perjalanan itu bermula dengan Bank Negara Malaysia (BNM)...
Mohd Reza Shah Abdul Wahid PENASIHAT Kanan GAVB David K Korslund (kiri) menyerahka­n pengiktira­fan rasmi kepada Munir dalam satu majlis di Kuala Lumpur. Ia mengambil masa satu tahun (proses) untuk menjadi ahli GABV, tetapi perjalanan itu bermula dengan Bank Negara Malaysia (BNM)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia