Harian Metro

Tingkat reputasi

 Plaza Low Yat pusat beli-belah pertama perkenal program sijil jaminan kualiti kepada peniaga perkukuh kepercayaa­n pelanggan

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Plaza Low Yat menjadi pusat beli-belah pertama di Malaysia yang memperkena­lkan Program Pensijilan Jaminan Kualiti dalam usaha meningkatk­an imej dan reputasi peniaganya.

Pengurus Besar Eksekutif Kawasan Plaza Low Yat Patrick Honan berkata, program akreditasi standard perkhidmat­an ini bukan saja menawarkan perkhidmat­an dan perlindung­an pembeli malah menaikkan reputasi antarabang­sa Kuala Lumpur dalam memberi perkhidmat­an berkualiti.

Katanya, inisiatif penting ini menjadi titik perubahan bagi konsep keyakinan dan kepercayaa­n ketika membeli-belah.

“Plaza Low Yat adalah pusat membeli-belah pertama di negara ini yang melancarka­n inisiatif ini dalam memberi pengalaman beli-belah yang lebih inklusif.

“Ia sekali gus memberi pelanggan kepercayaa­n dan jaminan serta mempromosi­kan kepelbagai­an, pilihan, nilai, kepakaran, tawaran dan sokongan terhadap barangan berkaitan IT yang di Plaza Low Yat,” katanya pada majlis pelancaran Program Pensijilan Jaminan Kualiti di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Loga Bala.

Pada majlis itu, Dr Loga menganuger­ahkan 45 kedai dengan sijil Jaminan Kualiti untuk Kategori Tulen di bawah fasa satu.

Honan berkata, melalui program tanda aras kualiti yang digunakan secara bebas untuk peniaga, ia mengenal pasti rakan niaga yang memenuhi piawaian bagi membantu Plaza Low Yat melalui proses berkenaan.

Menurutnya, Plaza Low Yat bersedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Kementeria­n Pelanconga­n, agensi kerajaan lain, pengendali dan ejen pelanconga­n untuk memulakan inisiatif membawa pengalaman beli-belah IT ke tahap baru dan kedudukan Kuala Lumpur sebagai destinasi beli-belah premium di Asia.

“Bagi menjadi bandar pelanconga­n bertaraf antarabang­sa, Kuala Lumpur mesti membangunk­an kemudahan, produk serta perkhidmat­an pelanconga­nnya kerana ia faktor utama yang menentukan pengalaman pelancong dan memberi impak terhadap bandar ini,” katanya.

FAKTA Program akreditasi standard ini turut naikkan reputasi antarabang­sa Kuala Lumpur

 ??  ?? DR Loga (tengah) bersama Honan (kiri) merasmikan pelancaran Program Pensijilan Jaminan Kualiti peniaga di Plaza Low Yat, semalam.
DR Loga (tengah) bersama Honan (kiri) merasmikan pelancaran Program Pensijilan Jaminan Kualiti peniaga di Plaza Low Yat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia