Harian Metro

Shopee catat dagangan RM20b tahun lalu

-

Kuala Lumpur: Shopee merekodkan dagangan kasar (GMV) bernilai AS$5 bilion (RM20.05 bilion) tahun lalu yang disumbangk­an dari tujuh pasaran di rantau Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Serantauny­a Ian Ho berkata, bagi 2018 pihaknya menjangka memperoleh GMV yang lebih baik menerusi promosi dijalankan sepanjang tahun.

Katanya, Shopee sentiasa bekerjasam­a rapat dengan usahawan dan jenama yang memasarkan produk menggunaka­n platformny­a.

“Sejak 2015, Shopee berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam serta Filipina. Malah, negara ini menunjukka­n perkembang­an positif dari semasa ke masa.

“Shopee dilihat sebagai aplikasi nombor satu yang sentiasa dimuat turun dan kami berharap perkembang­an ini berterusan sekali gus memberi pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada masyarakat di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee sempena Tahun Baru Cina di sini, semalam.

Ho berkata, pihaknya mengalu-alukan usahawan baru memasarkan produk mereka di Shopee dan untuk Malaysia saja, pihaknya mempunyai lebih 200,000 penyertaan usahawan dengan pelbagai produk dijual.

Menurutnya, setakat ini lebih kurang lima juta pengguna memuat turun aplikasi Shopee.

Beliau berkata, Shopee berusaha meningkatk­an kualiti hidup pengguna dan perniagaan di rantau ini menerusi teknologi serta menyediaka­n pengalaman beli-belah yang mudah, pantas dan boleh dipercayai.

 ??  ?? HO (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran kempen sempena Tahun Baru Cina, semalam.
HO (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran kempen sempena Tahun Baru Cina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia