Harian Metro

Ikan buntal cetus sistem amaran bencana

-

Tokyo: Sebuah bandar di Jepun mengaktifk­an sistem amaran bencana bagi memberi amaran kepada penduduk supaya tidak memakan ikan buntal selepas kesilapan menyebabka­n bahagian bertoksik ikan itu dijual.

Sebuah pasar raya di Gamagori, tengah Jepun menjual lima bungkusan ikan buntal tanpa mengeluark­an hati yang mengandung­i racun yang boleh membawa maut.

Seorang pegawai tempatan, Koji Takayanagi berkata, tiga bungkusan ikan buntal itu sudah dikesan sementara dua lagi belum ditemui.

“Kami memberi amaran kepada penduduk untuk mengelak memakan ikan buntal menggunaka­n sistem tanpa wayar kecemasan Gamagori yang disiarkan menerusi pembesar suara di seluruh bandar ini.

“Tiga bungkusan sudah ditemui hari ini (semalam), tetapi kami masih belum mengetahui di mana yang dua lagi berada,” katanya.

Ikan buntal antara makanan musim sejuk yang mahal di Jepun dan sering dihidangka­n sebagai sashimi atau sup panas.

Bagaimanap­un, kulit serta bahagian dalaman ikan itu mengandung­i racun dipanggil tetrodotox­in yang boleh membawa maut.

Bahagian dalaman ikan itu yang mengandung­i racun berbisa berbeza mengikut jenis ikan buntal.

Cef di Jepun perlu mendapatka­n permit khas untuk menyediaka­n ikan terbabit.

Menurut kementeria­n kesihatan, beberapa orang mati di Jepun setiap tahun kerana cara menyediaka­n ikan itu yang salah dengan puluhan lagi menderita akibat kesan sampingan. - AFP

 ??  ?? GAMBAR hiasan, seorang lelaki memegang ikan buntal sebelum haiwan itu disiang untuk dimasak. - Agensi
GAMBAR hiasan, seorang lelaki memegang ikan buntal sebelum haiwan itu disiang untuk dimasak. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia