Harian Metro

Rumahku, nerakaku

 13 beradik kebuluran akibat dikurung, dirantai oleh ibu bapa

- Agensi

Sepasang suami isteri ditangkap selepas polis menemui 13 anak mereka yang kebuluran dikurung dan dirantai pada katil di rumah mereka di sini, baru-baru ini.

David Allen Turpin, 57, dan Louise Anna Turpin, 49, ditangkap pada Ahad lalu selepas seorang anak perempuan mereka berusia 17 tahun berjaya melarikan diri bersama telefon bimbit yang dicurinya dan menghubung­i polis.

Syerif Jabatan Riverside County pergi ke rumah terbabit dan menemui 12 beradik itu yang berusia antara dua hingga 29 tahun dikurung serta dirantai di dalam sebuah bilik yang kotor.

Lebih mengejutka­n, semua mangsa merayu anggota polis memberi mereka makanan dan minuman kerana terlalu lapar.

Mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan 10 perempuan itu juga kelihatan

FAKTA Semua mangsa merayu anggota polis beri mereka makanan dan minuman kerana terlalu lapar

sangat kurus, lemah serta kotor.

Polis memberitah­u, semua mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut.

Bagaimanap­un, tidak dapat dipastikan berapa lama semua mangsa dikurung dan dirantai di rumah itu.

Tambah polis, pasangan berkenaan ditahan dan bakal didakwa atas tuduhan mendera serta mendatangk­an bahaya kepada kanak-kanak.

Sementara itu, beberapa jiran memberitah­u, mereka tidak tahu ada kanak-kanak tinggal di rumah berkenaan dan terkejut selepas mendapat tahu apa yang berlaku.

Namun, seorang jiran, Andria Valdez berkata, dia pernah melihat mangsa sebelum ini.

“Mereka seperti pontianak kerana kulit mereka yang terlalu pucat dan hanya keluar pada waktu malam,” katanya.

 ??  ?? DAVID Allen Turpin dan Louise Anna Turpin (tengah) bergambar bersama
semua anak mereka. - Agensi
DAVID Allen Turpin dan Louise Anna Turpin (tengah) bergambar bersama semua anak mereka. - Agensi
 ??  ?? WARTAWAN berkumpul di rumah pasangan berkenaan di Perris, California, Amerika Syarikat lokasi 13 beradik ditemui dikurung dan dirantai. - Agensi
WARTAWAN berkumpul di rumah pasangan berkenaan di Perris, California, Amerika Syarikat lokasi 13 beradik ditemui dikurung dan dirantai. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia