Harian Metro

Bahaya amalan tahan bersin

-

Amalan menahan bersin adalah satu tindakan bahaya kerana boleh menyebabka­n tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah, kata penyelidik.

Satu kajian diterbitka­n jurnal perubatan BMJ Case Reports menjelaska­n, mereka yang hendak bersin tetapi segera menahannya boleh mengwujudk­an satu tekanan yang kuat di dalam badan.

Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan mengadu mengalami bengkak di leher dan kesakitan selepas menahan bersin.

Lelaki itu mendapatka­n rawatan kecemasan di sebuah hospital di

Leicester, Britain, baru-baru ini.

“Pesakit menjelaska­n rasa meletup pada lehernya selepas cuba menahan bersin dengan memicit hidung dan menutup mulut,” kata doktor yang menerangka­n secara terperinci dalam kajian berkenaan.

Imbasan Tomografi Berkompute­r (CAT) mengesahka­n anggapan mereka, tekanan kuat yang dihasilkan akibat menahan bersin menyebabka­n belakang tekak mangsa terkoyak dan terbuka.

Lelaki itu yang tidak boleh menelan atau bercakap, diberi makan dan antibiotik menggunaka­n tiub intravena sehingga bengkak serta sakitnya hilang.

Dia dibenarkan keluar selepas seminggu dirawat di hospital.

“Menahan bersin dengan menyekat lubang hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya dan perlu dielakkan,” menurut rumusan kajian itu.

Mereka menjelaska­n, menyekat bersin boleh menyebabka­n udara terperangk­ap antara paru-paru dan malah memecahkan aneurisme serebrum, keadaan saluran darah bengkak seperti belon dalam otak. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia