Harian Metro

KEJUTAN JOO VEN

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Pamer aksi konsisten benam Sony, sah tempat ke undian utama

Disebabkan tercabar dengan peningkata­n ditunjukka­n pemain muda, Soong Joo Ven bertekad menunjukka­n dirinya juga mampu menyerlah dalam saingan Malaysia Masters yang disifatkan medan terbaik untuknya membuktika­n kemampuan.

Pemain perseorang­an itu membuktika­n tekadnya apabila melakar kejutan dengan mengesahka­n tempat ke undian utama kejohanan berkenaan apabila menewaskan pemain berpengala­man dari Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-19, 21-10 dalam aksi kedua pusingan kelayakan di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam. Sebelum itu, dia mendapat kemenangan percuma ke atas Fikri Ihsandi Hadmadi dari Indonesia yang menarik diri di set kedua kerana kecederaan. Di set pertama Joo Ven menang 21-10.

Ini kali kedua Joo Ven yang menghuni ranking ke-66 dunia berjaya melepasi pusingan kelayakan kejohanan bertaraf Siri Super selepas kali pertama pada Terbuka Malaysia 2016.

“Sony seorang pemain yang berpengala­man tetapi disebabkan usianya yang sudah meningkat, jadi pergerakan­nya agak perlahan. Jadi, saya ambil peluang daripada kelemahan dia untuk mengatur serangan.

“Ini hanya kali kedua saya layak ke undian utama Siri Super. Jadi, saya gembira kerana memang saya mahu buktikan sesuatu di sini (Malaysia Masters) memandangk­an pemain muda kita dan negara lain sudah banyak peningkata­n.

“Saya mahu buktikan saya mampu menjadi seperti mereka tetapi saya perlu terus bekerja keras,” kata Joo Ven ketika ditemui selepas perlawanan.

Pemain berusia 22 tahun itu akan menentang pemain Perancis, Brice Leverdez lawan yang menumbangk­an Datuk Lee Chong Wei pada pusingan pertama Kejohanan Dunia 2017 - dalam aksi pusingan pertama, hari ini.

“Brice lawan yang sukar dan diharapkan tuah memihak kepada saya. Saya janji akan berikan yang terbaik selain mengharapk­an sokongan peminat untuk hadir ke stadium memberi sokongan,” katanya.

Turut mara ke undian utama ialah perseorang­an lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin; perseorang­an wanita, Lim Yin Fun; beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Cheah Yee See.

 ?? Soong Joo Ven ?? Ini hanya kali kedua saya layak ke undian utama Siri Super. Jadi, saya gembira kerana memang saya mahu buktikan sesuatu di sini (Malaysia Masters) memandangk­an pemain muda kita dan negara lain sudah banyak peningkata­n”
Soong Joo Ven Ini hanya kali kedua saya layak ke undian utama Siri Super. Jadi, saya gembira kerana memang saya mahu buktikan sesuatu di sini (Malaysia Masters) memandangk­an pemain muda kita dan negara lain sudah banyak peningkata­n”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia