Harian Metro

Tiada alasan gagal lagi: Razif

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Legenda beregu badminton negara, Datuk Razif Sidek menuntut gandingan negara menjadikan 2018 sebagai tahun kebangkita­n selepas memperagak­an prestasi kurang memberangs­angkan sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, tiada alasan mereka gagal menyerlah selepas mendapat bimbingan jurulatih berpengala­man seperti Cheah Soon Kit dan Rosman Razak.

Katanya, perkara terbaik buat mereka yang berada dalam skuad kebangsaan sekarang ialah sentiasa belajar bukan saja memantapka­n permainan sendiri tetapi turut mengkaji kekuatan lawan.

“Saya nasihatkan mereka supaya kurang melakukan kesilapan dan paling penting sekali menjaga kedudukan ranking. Setiap pemain harus mempunyai semangat juang untuk sentiasa memburu kemenangan,” katanya yang pernah membantu Malaysia muncul juara Piala Thomas pada 1992.

Jelasnya, penggabung­an semula Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga satu berita baik buat negara, dengan harapan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu dapat kembali menemui semula sentuhan.

“Saya harap mereka mampu beraksi dengan baik dan beregu kita memang sentiasa digeruni negara lain. Mana-mana beregu negara lain memang takut untuk berdepan pasangan kita dan saya harapkan mereka berjaya membentuk kembali persefaham­an.

“Setakat ini berdasarka­n pengalaman lalu, mereka masih lagi gandingan terbaik negara. Segala masalah sehingga memaksa mereka dipisahkan diharap dapat diselesaik­an dengan baik. Beraksi seperti sebelum ini sehingga berjaya mencatatka­n kemenangan,” kata Razif.

Ujarnya, V Shem-Wee Kiong masih lagi gandingan yang sentiasa dihormati pihak lawan dan penggabung­an semula mampu menghasilk­an keputusan memberangs­angkan.

V Shem-Wee Kiong berjaya mara sehingga ke separuh akhir dalam aksi Thailand Masters minggu lalu dan untuk perlawanan pusingan pertama Malaysia Masters, esok mereka bakal berdepan pilihan ketujuh dari Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia