Harian Metro

HAJAT ‘BEDAL’ THE POTTERS TERCAPAI

-

Manchester, United Kingdom

Manchester United melupakan seketika usaha mendapatka­n penyerang Arsenal, Alexis Sanchez dengan mengetepik­an Stoke 3-0 di Old Trafford, semalam.

Antonio Valencia dan Anthony Martial meledak jaringan di babak pertama manakala Romelu Lukaku menambah kelebihan selepas rehat ketika Jose Mourinho akhirnya berjaya menundukka­n Stoke selepas empat kali mencuba.

Tetapi, persembaha­n anak buahnya selain terlepas beberapa peluang menjaringk­an gol menguatkan lagi andaian bahawa Mourinho sangat memerlukan Sanchez walaupun sudah ketinggala­n 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

United percaya bahawa mereka sudah memenangi saingan untuk mendapatka­n pemain antarabang­sa Chile itu yang bakal menamatkan kontraknya bersama Arsenal hujung musim ini apatah lagi selepas City memaklumka­n bahawa mereka tidak lagi berminat dengan pemain itu yang menuntut gaji di luar jangkaan.

Pengurus Stoke, Paul Lambert yang dilantik beberapa jam sebelum perlawanan, hanya menyaksika­n pertembung­an dari tempat duduk penonton dan beliau pastinya tidak terkejut melihat Valencia memberikan pendahulua­n buat tuan rumah.

Pemain pertahanan kanan itu menerima hantaran Paul Pogba sebelum memperdaya­kan pertahanan pelawat, Joshua Tymon untuk meledak gol pertama.

Tymon juga wajar dipersalah­kan untuk gol kedua

United yang hadir pada minit ke-38 apabila melepaskan bola kepada

Lukaku sebelum bekas pemain

Everton itu membuat hantaran kepada

Pogba.

Pemain tengah Perancis itu menolak bola kepada Martial yang tidak dikawal dan rakan senegarany­a itu melepaskan rembatan ke penjuru gawang pelawat untuk gol kedua.

 United ceria dominasi lawan di laman sendiri

Lukaku menambah luka pelawat pada minit ke-72 menerusi rembatan dari jarak 15 ela. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia