Harian Metro

Nigeria hampa, tiga percubaan kena palang

-

Tangiers, Maghribi: Nigeria kecewa apabila tiga kali percubaan mereka sekadar singgah di palang ketika seri tanpa jaringan dengan Rwanda pada perlawanan pembukaan Kejohanan Negara Afrika 2018, semalam.

Keputusan perlawanan Kumpulan C yang berlangsun­g di Tangiers itu menyaksika­n kedua-dua pasukan ketinggala­n dua mata di belakang Libya yang mengetepik­an Equatorial Guinea 3-0 dalam satu lagi aksi kumpulan sama.

Ini adalah percubaan kali ketiga Nigeria untuk memenangi kejohanan apatah lagi mereka membarisi pemain terbaik selepas sekadar menduduki tempat ketiga di Afrika Selatan, empat tahun lalu.

Cubaan Sunday Faleye Rabiu Ali dan Stephen Eze singgah di palang pada perlawanan yang menyaksika­n dominasi penuh Nigeria sejak wisel permulaan dibunyikan.

Rwanda terpaksa bertahan di sepanjang perlawanan dan akan bertemu Equatorial Guinea selepas ini dan hanya kemenangan mampu meletakkan mereka

(gambar),

ke suku akhir.

Sementara itu, pemain Libya, Saleh Taher Saeid menghukum kesilapan yang dilakukan pertahanan Equatorial Guinea untuk menjaringk­an dua gol dalam tempoh 17 minit dan menjana kemenangan pasukannya.

Tolakan mudah Zakaria Alharash ketika permainan berbaki tiga minit melengkapk­an kemenangan bergaya Libya.

Esok, aksi Kumpulan D menemukan Angola dengan Burkina Faso dan Cameroon menentang Congo Brazzavill­e. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia