Harian Metro

Puas lihat aksi positif pemain: Irfan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Bukan ukuran sebenar pasukan,” kata pengendali Terengganu FC I (TFC I) Irfan Bakti Abu Salim susulan kemenangan 4 -2 menewaskan Pahang dalam aksi pembuka tirai kejohanan bola sepak empat penjuru Piala Menteri Besar Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), di sini kelmarin.

Bagaimanap­un ketua jurulatih skuad Penyu itu tetap tersenyum puas melihat aksi anak buahnya yang mampu bermain lebih 70 minit dalam perlawanan pertama itu.

“Saya berpuas hati dengan kesebelasa­n utama malam ini (kelmarin), yang beraksi lebih 77 minit sebelum saya membuat pertukaran, ini suatu perkembang­an yang baik buat pasukan.

“Matlamat kami adalah untuk menurunkan sebahagian besar pemain beraksi sebagai satu pasukan dan pemain sudah menunjukka­n peningkata­n.

“Bagaimanap­un beberapa kelemahan sudah dikenal pasti dalam aksi pertama baik secara individu atau berpasukan akan diperbaiki segera,” kata Irfan Bakti.

Pada aksi kelmarin skuad Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh terlebih dulu mendahului tuan rumah menerusi jaringan Philip Hellquits sebelum bekas penyerang Pahang musim lalu, Mohd Ashari Samsudin menyamakan kedudukan.

Skuad Tok Gajah memperoleh­i jaringan kedua menerusi bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha sebelum tuan rumah menambah tiga lagi jaringan menerusi Igor Zonjic, Tchetche Kipre dan Mohd Faiz Nasir untuk menambah derita pelawat.

Kelmarin skuad TFC I yang turun tanpa kelibat pemain import dari Korea, Kim Hyun Woo dan Kamal Azizi Mohd Zambri kerana kecederaan bakal membuat perhitunga­n dengan skuad ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II) di SSINS dalam aksi kedua bagi merebut Piala Menteri Besar Terengganu itu.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN TFC1 Le Tuck (kiri) diasak pemain Pahang Norshahrul Idlan Talaha.
FOTO: PEMAIN TFC1 Le Tuck (kiri) diasak pemain Pahang Norshahrul Idlan Talaha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia