Harian Metro

Kempunan guna Stadium Bukit Jalil

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Hajat pasukan Liga Super, Selangor menjadikan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi musim ini tidak kesampaian selepas stadium berkenaan tidak boleh digunakan.

Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 90,000 penonton itu dikatakan padat dengan aktiviti sepanjang tahun termasuk menjadi gelanggang Kejohanan Ragbi Asia, sekali gus The Red Giants kini perlu mencari alternatif mencari venue lain sebelum kempen Liga Malaysia (Liga M) 2018 disingkap tirainya 3 Februari ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penganjur Liga-M, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak bersetuju Selangor menggunaka­n stadium itu sepanjang tahun.

“Kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan stadium dan FMLLP sudah berusaha untuk bekerjasam­a bagi mengkaji perkara ini, tetapi mustahil untuk memberi jaminan bahawa stadium tersebut tersedia sepanjang tahun,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan di laman Facebook FAM.

“Pihak pengurusan stadium juga mengesahka­n bahawa empat dari enam perlawanan pertama Selangor sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang akan dilangsung­kan di stadium tersebut.

“Jadi, mungkin lebih banyak lagi pindaan jika pasukan bola sepak kebangsaan atau acara antarabang­sa membuat permintaan untuk menggunaka­n stadium nasional tersebut.”

Untuk mengelakka­n perubahan jadual pertanding­an yang lewat, Selangor dinasihatk­an supaya bermain di Stadium Selayang biarpun perlawanan bakal berlangsun­g di sebelah petang.

“Jika terdapat perubahan jadual pertanding­an berpunca dari isu ini, sudah tentu FMLLP akan dipersalah­kan dan kita tidak bergerak seiringan ke arah penjaduala­n yang lebih stabil seperti yang saya arahkan kepada pengurusan FMLLP,” kata Tunku

Ismail.

“Selangor tidak boleh memberi alasan yang Stadium Selayang tidak boleh diguna pakai hanya disebabkan oleh lampu limpah yang tidak mematuhi spesifikas­i yang ditetapkan FMLLP.

“Adalah menjadi tanggungja­wab pasukan Selangor untuk menaik taraf lampu limpah tersebut bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh FMLLP agar boleh beraksi di waktu malam.”

Selangor bermain di Selayang tahun lalu selepas mereka tidak memperoleh kebenaran bermain di Stadium Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia