Harian Metro

Cornthwait­e ‘makan pujuk’ Durakovic

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Perak melengkapk­an kuota import bagi kempen Liga Malaysia 2018 dengan mengikat Robert Richard Cornthwait­e.

Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, pengambila­n tonggak benteng pasukan dan kapten, Western Sydney Wanderers FC di dalam A-League itu dimuktamad­kan semalam.

Bek tengah yang mempunyai ketinggian 1.95 meter itu akan berusia 33 tahun pada Oktober ini bukan asing di negara ini kerana pernah menyarung jersi Selangor pada 2015-2016.

Menurut Durakovic, dia mencadangk­an Cornthwait­e kepada Perak kerana mengetahui kemampuan bekas anak buahnya itu.

“Ibarat pucuk dicita ulam mendatang’. Kami memang memerlukan

 Kapten Western Sydney Wanderers FC setuju perkasa benteng Bos Gaurus

seorang pemain pertahanan berwibawa. Saya gembira dia sudi menyahut panggilan saya untuk datang ke Perak,” kata Durakovic.

Cornthwait­e mengisi kekosongan dalam pasukan Yob selepas kontrak Thiago Junio Aquino tidak diperbahar­ui. Thiago berpindah ke FELDA United FC musim ini. Pemain itu kini akan mengemudi benteng bersama Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim dan Idris Ahmad “Sekarang Perak sudah lengkap. Kini usaha mempersiap­kan pasukan bagi menghadapi perlawanan pembukaan kami pada 4 Februari ini akan dilakukan,” katanya.

Pemain kelahiran Newcastle, England itu akan berganding­an dengan empat import lain iaitu Gilmar Da Silva Filho, Leandro De Souza serta ketua pasukan kebangsaan Filipina, Misagh Medina Bahadoran dan pemain Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior.

 ??  ?? CORNTHWAIT­E (kiri) dan Durakovic pernah menabur khidmat bersama Selangor sebelum ini.
THIAGO
CORNTHWAIT­E (kiri) dan Durakovic pernah menabur khidmat bersama Selangor sebelum ini. THIAGO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia