Harian Metro

LIBAS ANAK

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@ hmetro.com.my

mengalami kecederaan.

Difahamkan, ketika kejadian, suami mangsa tiada di rumah dan suspek berusia 34 tahun itu dipercayai turut memecahkan barang di dalam rumahnya serta menunjukka­n benda tajam kepada anaknya dan penduduk di flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, suspek meminta semua anaknya mencari barang kemas berupa cincin dan seutas gelang tangan yang dikatakan hilang sejak Ahad lalu.

“Selepas gagal menemui semua barang kemas itu, mangsa dikatakan marah lalu memukul dan mengugut mahu membunuh semua anaknya.

“Suspek kemudian dipercayai bertindak di luar kawalan lalu mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah empat anaknya dengan tujuan supaya ada anak mereka mengaku mengambil barang kemas suspek,” katanya.

Haris berkata, akibat kejadian itu, tiga anaknya terkena libasan di bahagian tangan dan seorang lagi tidak cedera.

“Semua mangsa kemudian melarikan diri dan meminta bantuan jiran untuk mendapatka­n rawatan di Klinik 1Malaysia Taman Ketiau.

“Susulan kejadian, polis menahan wanita berusia 34 tahun di rumahnya, jam 10 malam hari sama. Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan ketika kejadian itu di kawasan rumah suspek,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata.

 ??  ?? TOMPOKAN darah di hadapan pintu rumah suspek.
TOMPOKAN darah di hadapan pintu rumah suspek.
 ??  ??
 ??  ?? LOKASI kejadian tiga beradik cedera selepas dilibas menggunaka­n pisau pemotong daging oleh ibu
kandung mereka.
LOKASI kejadian tiga beradik cedera selepas dilibas menggunaka­n pisau pemotong daging oleh ibu kandung mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia