Harian Metro

Tukang sapu rugi RM3,000 ditipu Macau Scam

-

Limbang: Seorang tukang sapu kerugian RM3,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar polis dan mendakwa wanita itu melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Dalam kejadian 10 Januari itu, lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengatakan mangsa memiliki 20 akaun bank atas namanya yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa berusia 39 tahun yang bekerja di sebuah bank di daerah itu terkejut dengan dakwaan berkenaan.

Menurutnya, suspek yang kononnya pegawai polis berpangkat Inspektor itu menakutkan mangsa apabila mendakwa dia bakal dipenjarak­an jika tidak mengendahk­an kes berkenaan.

“Suspek mendakwa waran tangkap sudah dikeluarka­n, manakala mangsa yang bimbang dengan dakwaan ‘pegawai polis’ berkenaan mahu kes itu diselesaik­an segera.

“Menyedari mangsa sudah berjaya diperangka­p, suspek meminta wanita itu memasukkan wang RM3,000 sebagai jaminan dia tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Bukhori berkata, selepas membuat pindahan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek, baru mangsa tersedar dia sebenarnya menjadi mangsa penipuan.

“Mangsa kemudianny­a membuat laporan di Balai Polis Limbang untuk membolehka­n polis mengesan suspek. “Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 ??  ?? MOHD Bukhori
MOHD Bukhori

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia