Harian Metro

Usah mudah gelap mata

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Penduduk di kawasan bandar diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan untuk bekerja di luar negara oleh agensi pekerjaan, kata Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak laporan daripada ibu bapa dan waris individu apabila ahli keluarga mereka ditipu menerusi tawaran pekerjaan di luar negara termasuk sebagai pemetik buah.

Menurutnya, ramai individu dalam kes berkenaan terpedaya selepas dijanjikan gaji tinggi berbanding di Malaysia.

“Kita selalu dijanjikan ‘bulan dan bintang’ oleh

dan agensi yang cuba cari makan. Saya pun banyak mendapat laporan berkaitan khususnya orang Malaysia yang ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah.

“Saya menasihatk­an kepada anak muda supaya berhati-hati sebelum menerima tawaran bekerja di luar negara. Jangan ingat kita ke sana dapat gaji lumayan sampai RM2,000 hingga RM3,000 (sebulan),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Penyampaia­n Barangan Sekolah

kepada lebih 1,000 pelajar di empat sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Abdul Azeez berkata, pihaknya berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membuat laporan jika terpedaya

 Ramai anak muda terpedaya tawaran kerja dengan gaji lumayan di luar negara

atau tertipu dengan janji manis agensi pekerjaan di luar negara.

“Saya yakin dan percaya polis boleh mendakwa mereka dan membawa ke muka pengadilan serta memberikan hukuman setimpal.

“Saya percaya tindakan seperti itu mengurangk­an kes penipuan pekerjaan di luar negara.

“Jika tiada tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggun­gjawab, hal yang menyebabka­n kes penipuan semakin berleluasa,” katanya.

Mengenai Program

beliau berkata, program itu dilaksanak­an di 78 kawasan Parlimen dan memberikan manfaat kepada 100,400 pelajar.

“Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada seluruh 78 Ketua UMNO Bahagian dengan kerjasama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) yang bekerjasam­a bagi menjayakan pengagihan baju dan kelengkapa­n sekolah,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Azeez (tengah) selepas Program Penyampaia­n Barangan Sekolah Happy To School kepada lebih 1,000 pelajar di SK Kalabakan, semalam.
ABDUL Azeez (tengah) selepas Program Penyampaia­n Barangan Sekolah Happy To School kepada lebih 1,000 pelajar di SK Kalabakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia