Harian Metro

Pesakit buah pinggang bertambah

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 100,000 dijangka alami masalah kegagalan organ berkenaan menjelang 2040

Dianggarka­n 100,000 penduduk di negara ini mengalami masalah kegagalan buah pinggang menjelang 2040 sekiranya tiada langkah pencegahan dilakukan ketika ini.

Pengerusi Yayasan CHK Buah Pinggang Sokongan Moral Masyarakat Datuk Tay Chin Kin berkata, setakat ini kira-kira 40,000 penduduk di negara ini menderita penyakit berkenaan.

“Masalah kegagalan buah pinggang agak membimbang­kan di Malaysia dan dialisis tidak akan menyembuhk­an penyakit ini kecuali melalui pemindahan organ baru, namun pendermany­a sangat rendah di negara ini.

“Kesedaran (menderma organ) rendah dalam kalangan masyarakat kita terhadap penyakit ini, jadi saya

berharap selepas ini lebih ramai tampil menjadi penderma buah pinggang termasuk organ lain,” katanya pada Majlis Lawatan Perkhidmat­an Pusat Dialisis Amal CHKMUS-MAA MEDI- CARE di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di Sarawak tahun lalu seramai 1,927 pesakit.

“Lazimnya, kegagalan buah pinggang tidak menunjukka­n petanda awal, justeru penyakit ini boleh dipanggil sebagai pembunuh senyap,” katanya.

Jabatan Nepfrologi, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, tahun lalu menanggung kos lebih RM16 juta bagi perubatan pesakit buah pinggang.

Dalam pada itu, 46 pusat dialisis swasta dengan 415 mesin dialisis direkodkan di Sarawak sehingga tahun lalu.

 ??  ?? FATIMAH (kiri) melawat pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di Kuching,
semalam.
FATIMAH (kiri) melawat pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia