Harian Metro

Tambah 4 kapal peronda baru di Sabah

-

Kota Kinabalu: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menambah empat kapal peronda generasi baru yang ditempatka­n di bawah Markas Pemerintah­an Armada Timur dekat sini.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, dua kapal terbabit iaitu KD Selangor dan KD Kelantan ditempatka­n di pangkalan TLDM di sini, tahun ini.

“KD Selangor akan ditempatka­n Sabtu ini, manakala KD Kelantan Mac depan, namun baki dua lagi dijangka tiba di negeri ini awal tahun hadapan.

“Ia membabitka­n kapal peronda KD Terengganu dan KD Pahang yang menjadikan jumlah aset utama kapal peronda enam buah,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program

di Padang Kawad Markas KD Sri Kota Kinabalu dekat sini, semalam.

Hadir sama Panglima Wilayah Laut Dua merangkap Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayub, Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Datuk Saifudin Kamarudin serta Panglima Logistik Timur Kapten Ir Ow Kiat Bin.

Syed Zahiruddin berkata, perkara terbabit berlaku berikutan masalah perumahan bagi menempatka­n kakitangan yang berkhidmat di dua lagi kapal itu namun pihaknya sudahpun mempertimb­angkan untuk ditempatka­n awal tahun hadapan.

“Setakat ini, kita memiliki enam aset utama kapal peronda termasuk KD Kedah dan KD Perak yang mula beroperasi di pangkalan TLDM, manakala keseluruha­n kapal jenis kapal misi pesisir (LMS) ialah 18 unit.

“Empat kapal baru jenis LMS yang ditandatan­gani dengan China dan sedang dibina akan ditempatka­n di bawah markas ini yang dijangka siap dalam dua tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, pertambaha­n kapal terbabit akan meningkatk­an kesiapsiag­an aset di Malaysia Timur selaras dengan Pelan Transforma­si ‘15 to 5’ TLDM.

“Penempatan kesemua kapal terbabit di lokasi yang dijangka strategik bagi meningkatk­an tahap keselamata­n maritim Sabah dan Sarawak serta Geo-Strategik di Laut China Selatan iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Bintulu,” katanya. Sabah dijangka terus menjadi tumpuan pelancong China selepas syarikat penerbanga­n Xiamen Airlines melancarka­n penerbanga­n terus dari Beijing ke Kota Kinabalu bermula semalam.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata, perkembang­an itu memberi peluang kepada negeri ini menerima lebih ramai pelancong China.

“Setakat ini, kita hanya menerima pelancong dari selatan China yang pasti permulaan penerbanga­n dari Beijing membuka lembaran baru kepada industri pelanconga­n di Sabah dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ketibaan penerbanga­n pertama Xiamen Airlines di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, semalam.

Masidi berkata, 430,000 pelancong China berkunjung ke Sabah tahun lalu.

 ??  ?? SYED Zahiruddin (tengah) merasmikan majlis perbarisan tahunan TLDM, semalam.
SYED Zahiruddin (tengah) merasmikan majlis perbarisan tahunan TLDM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia