Harian Metro

Langgar polis

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

 2 penjenayah rempuh URB ditembak 4 kali

Empat das tembakan terpaksa dilepaskan polis susulan tindakan ganas dua penjenayah merempuh motosikal ditunggang anggota polis.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, seorang anggota polis tercampak dan cedera sejurus dilanggar kereta dinaiki suspek berhampira­n Simpang Empat, Jalan Rawang-Kuang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, beliau dimaklumka­n berhubung kejadian anggota Unit Ronda Bermotosik­al (URB) dihimpit dan dilanggar penjenayah yang menaiki kereta Honda Civic.

“Menurut keterangan anggota polis itu, mereka menemui dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an di Simpang Empat sebelum cuba menahan kereta suspek.

“Namun kedua-dua lelaki itu melarikan diri dengan memecut kereta berkenaan sebelum dikejar anggota polis,” katanya.

Menurutnya, penjenayah bagaimanap­un bertindak agresif dengan melanggar motosikal seorang daripada anggota polis berkenaan menyebabka­n mangsa terjatuh.

“Pada masa sama anggota polis terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah kereta suspek.

“Seorang lagi anggota URB mengejar suspek hingga Kampung Kubu Gajah sebelum penjenayah memberhent­ikan kereta berhampira­n sebuah rumah di Jalan Paya Jaras Hilir.

“Ketika anggota polis terbabit mahu menahan mereka, suspek sekali lagi mengundurk­an kenderaan dan melanggar motosikal polis.

“Anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah kereta itu,” katanya.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit dapat melarikan diri manakala seorang lagi suspek berusia 49 tahun ditahan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kejadian itu menyebabka­n seorang anggota polis cedera di bahagian muka, mulut, kaki dan tangan selepas dilanggar penjenayah.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah membabitka­n kes jenayah dan dadah.

“Kami masih memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? POLIS melaku kan s ias at an di lokasi kejadian .
POLIS melaku kan s ias at an di lokasi kejadian .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia