Harian Metro

Pantau dadah zombie

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

 Polis ambil serius kemungkina­n Flakka sudah masuk ke Kelantan

Polis Kelantan sedang memantau rapi kemungkina­n wujud dadah jenis atau Flakka di negeri itu seperti didakwa menerusi laman sosial, beberapa minggu lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Hasanuddin Hassan berkata, penguatkua­saan lebih serius akan dijalankan bagi mengekang penyalahgu­naan dadah berkenaan yang dipercayai boleh memberi kesan lebih berbahaya kepada manusia.

“Setakat ini, kita percaya tiada dadah ini di Kelantan dan tangkapan dilakukan juga tidak berkait dengan dadah jenis itu.

“Cuma kita ada mendengar desas-desus dadah jenis berkenaan, tiga minggu lalu yang tular di laman sosial. Jadi, pemantauan akan dibuat dengan segera bagi mengelak bahaya kepada rakyat.

“Kita berharap mendapat kerjasama masyarakat di kawasan masing-masing untuk menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan dadah itu sekiranya ada,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Watikah Pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Daerah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan serta Skuad Muda Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kelantan di sini, kelmarin.

Seramai 600 ketua dan ahli MCPF

Kelantan dan Skuad Muda JPJ hadir pada majlis itu.

Hadir sama Pengerusi Skuad Muda Malaysia Datuk Seri Ismail Ahmad; Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapa dan Pengerusi MCPF Daerah Kota Bharu Datuk Seri Jae Affandi Hussin.

Media sebelum ini dipetik melaporkan Flakka sebagai dadah baru yang pada awalnya dihasilkan sebagai ubat sintetik pada 2012 namun dilarang penggunaan­nya selepas doktor menemui kesan berbahaya.

Dadah itu dikatakan boleh menyebabka­n pengguna berada dalam fasa illusi akut yang akhirnya dikategori­kan sebagai dadah paling berbahaya.

Flakka juga mempunyai kesan sampingan hampir mirip kokain dan amfetamin, tetapi lebih agresif serta boleh membawa maut.

Dalam perkembang­an lain, Hasanuddin mengingatk­an rakyat supaya tidak membocorka­n rahsia kerajaan yang boleh menggugat keselamata­n negara amnya dan Kelantan khususnya.

 ??  ?? HASANUDDIN bersalaman dengan ahli Skuad Muda JPJ pada Majlis Penyerahan Watikah Perlantika­n Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Daerah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, semalam.
HASANUDDIN bersalaman dengan ahli Skuad Muda JPJ pada Majlis Penyerahan Watikah Perlantika­n Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Daerah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia