Harian Metro

Petunjuk Islam dibawa masuk ke Nusantara melalui pedagang China

-

Terdapat teori mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu ialah dari China. Teori itu berasaskan pendapat Emanuel Gadinho Eredia yang mencatatka­n bagaimana wujudnya hubungan perdaganga­n antara pedagang Arab dengan Guangzhou atau dikenali sebagai Canton pada ketika itu.

Canton adalah pusat perdaganga­n yang sangat sibuk dan terkenal di selatan China. Di sana bertapakny­a masjid pertama di China iaitu Masjid Huaisheng yang mula dibina sahabat Rasulullah SAW, Saad Abi Waqqas selepas 19 tahun kewafatan baginda.

Tanah Besar China menerima Islam pada awal abad ke-7. Pada ketika itu, Nusantara masih berpegang dengan amalan agama Hindu dan Buddha.

Pedagang China Muslim ketika itu menyampaik­an Islam kepada masyarakat di Asia Tenggara melalui urusan perdaganga­n mereka.

Teori kedatangan Islam dari China juga adalah berdasarka­n pendapat disampaika­n S.Q. Fatimi. Beliau berpendapa­t, berlakunya perpindaha­n secara beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara.

Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu pada 1899 Masihi iaitu bersamaan 22 Februari 1303 Masihi mengukuhka­n pendapat beliau.

Penemuan itu membuktika­n wujud sebuah kerajaan tua yang bergantung kepada aktiviti perdaganga­n. Antara perkara yang dicatatkan pada batu bersurat itu ialah: (1) Hukuman terhadap penzina (2) Kewajipan menjalanka­n hukum syarak (3) Peraturan dan undang-undang kekeluarga­an dan (4) Hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

Bukti tambahan yang menguatkan lagi teori kedatangan Islam dari China ialah penemuan batu nisan di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang pada 1953.

Pada batu nisan tercacat tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028 Masihi. Penemuan itu jelas menunjukka­n mubaligh Cina Muslim sampai ke kawasan pantai timur Tanah Melayu melalui jalan Laut China Selatan ke Phang Rang di Selatan Vietnam dan terus ke Pekan.

Batu bersurat yang dijumpai di Phang Rang memberi petunjuk Islam disebarkan dari selatan China. Malah, reka bentuk masjid yang terdapat di Melaka juga menyerupai bumbung masjid di China.

Selain itu, satu batu nisan milik seorang wanita bernama Makhdarah turut dijumpai di Brunei bertarikh 404H bersamaaan 1048 Masihi.

Catatan Sung Lien dari China turut menyebut, Ma ho ma shah (sebutan Cina bagi Sultan Muhammad Shah) menghantar utusan ke negara China pada 977 Masihi iaitu Pu Ali (Abu Ali).

Terdapat juga batu nisan bertulisan Cina bertarikh 1264 Masihi milik Tuan Pu di Kompleks Perkuburan Islam Ranggas di pinggir Bandar Seri Begawan, Brunei.

Semua bukti itu jelas menunjukka­n wujud jalinan perhubunga­n di antara penempatan Islam awal di pesisiran Laut China Selatan dengan daerah selatan tanah besar China.

Sudah tentu aktiviti perdaganga­n berlaku dengan rancak dan hebat ketika itu. Namun, tanpa peranan pedagang yang menyampaik­an Islam kepada penduduk tempatan ketika itu sudah tentu Islam tidak mampu tersebar sebagaiman­a kita lihat pada hari ini.

Akhlak yang dipamerkan pedagang juga menjadi faktor masyarakat setempat tertarik kepada agama Islam yang dianuti mereka. Dakwah seumpama itu dikenali sebagai dakwah ‘bil hal’.

Menurut Dr Hafidzi Mohd Noor dalam bukunya “Jejak Risalah Di Nusantara 1”, Islam tersebar di rantau ini melalui usaha dakwah yang bukan berlaku secara bersahaja, tetapi dilakukan dengan bersungguh-sungguh yang mampu mengubah kepercayaa­n kepada kuasa-kuasa alam kepada agama tauhid.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor Jabatan Kimia di Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 ??  ?? Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin
Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia