Harian Metro

‘Bye ama, Iti sayang ama’

-

Tumpat: “Bye ama (mama), Iti (panggilan manja) sayang ama,” kata Nur Zulaikha Zakaria, 11, mengiringi pemergian ibunya yang meninggal dunia akibat sesak nafas, Isnin lalu.

Nur Zulaikha yang menghidap asma kronik dan terpaksa memakai topeng bantuan pernafasan 24 jam kehilangan ibunya, Zawani Ismail, 40, kira-kira jam 10 malam kelmarin, sekali gus menjadikan­nya yatim.

Kisah kanak-kanak itu pernah dilaporkan Harian Metro pada 26 April lalu dan mempunyai hubungan begitu erat dengan arwah ibu yang menguruska­nnya sepanjang masa.

Bapanya, Zakaria Mohd Yusof, 67, berkata, dia bimbang kesihatan anaknya terjejas berikutan kehilangan isteri yang selama ini sentiasa bersama mereka.

“Paru-parunya tidak berfungsi dengan baik dan dia memang cukup rapat dengan arwah ibunya. Saya bimbang dia sukar menerima kehilangan ini.

“Ketika arwah menghembus­kan nafas terakhir semalam (kelmarin), Iti tidur dan hanya tersedar selepas orang ramai memenuhi rumah sewa kami.

“Apabila dia sedar, terus bertanya sama ada mamanya meninggal dunia. Ketika itu, dia tak tahu maksud mati dan boleh bertenang lagi. Namun, ketika arwah mahu dikafankan, Iti menangis dan sukar ditenangka­n,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu di sini, semalam.

Zakaria berkata, jenazah isterinya selamat dikebumika­n di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu dan menjadi tanggungja­wabnya menguruska­n Nur Zulaikha seperti pernah dilakukan arwah sebelum ini.

Menurutnya, arwah isterinya menghidap kencing manis menyebabka­n ibu jari kaki kanannya dipotong pada Julai tahun lalu.

“Sejak itu dia sentiasa tidak sihat dan beberapa minggu kebelakang­an ini banyak berdiam diri dan mengadu penat. Saya akan jaga amanah ditinggalk­an ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

 ??  ?? ZAKARIA membetulka­n topeng oksigen dipakai Nur Zulaikha yang menghidap penyakit asma kronik sejak setahun lalu.
ZAKARIA membetulka­n topeng oksigen dipakai Nur Zulaikha yang menghidap penyakit asma kronik sejak setahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia