Harian Metro

Jantung terhenti

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Bantuan awal yang cuba diberikan anggota peronda lebuh raya gagal menyelamat­kan seorang pensyarah selepas mengalami serangan jantung berhampira­n Plaza Tol Bukit Besi di sini, malam kelmarin.

Che Ku Mohamad Rafee Che Ku Ali, 45, pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus disedari diserang sakit jantung jam 9.50 malam oleh anggota peronda berkenaan yang kebetulan berada di kawasan itu.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Bukit Besi, jam 10.30 malam selepas dikejarkan anggota peronda terbabit bagi mendapatka­n bantuan.

Sebelum itu, mangsa dalam perjalanan bertemu rakannya di satu tempat dijanjikan di sekitar Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah berkata, mangsa sendirian ketika itu dan memandu kereta BMW putih.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat, mangsa dalam perjalanan

 Pensyarah janji jumpa kawan meninggal dunia dekat plaza tol

dari rumahnya di Chendering, Kuala Terengganu dan berjanji bertemu rakannya dari Kemaman di kawasan Bukit Besi.

“Selepas membuat bayaran di plaza tol berkenaan, mangsa diserang sakit jantung. Beberapa anggota peronda lebuh raya menyaksika­n kejadian itu sebelum memberikan bantuan kecemasan,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun.

Menurutnya, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengusung jenazah Che Ku Mohamad Rafee (gambar kecil) yang mati mengejut akibat serangan jantung di Plaza Tol Bukit Besi.
ANGGOTA polis mengusung jenazah Che Ku Mohamad Rafee (gambar kecil) yang mati mengejut akibat serangan jantung di Plaza Tol Bukit Besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia