Harian Metro

Seludup 300 burung branjangan Kicauan unik jadi buruan

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Seorang lelaki dipercayai anggota penguatkua­sa negara jiran antara tiga awak-awak ditahan bersama seorang tekong yang cuba menyeludup 300 burung branjangan dari Vietnam, kelmarin.

Menurut sumber, seorang daripada lelaki iaitu awak-awak yang berusia 38 tahun dipercayai mengaku sebagai anggota penguatkua­sa negara jiran dan sedang bertugas ditahan dalam bot gentian kaca bersama tiga lagi suspek berusia 38, 40 dan 55 tahun memuatkan 300 burung pelbagai spesies terancam.

Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka

Kepten Maritim

Amran Daud bagaimanap­un enggan mengesahka­n hal itu namun memberitah­u, keempat-empat suspek ditahan adalah warga negara Indonesia.

Menurut beliau, dalam tangkapan itu, pihaknya mematahkan cubaan menyeludup 300 burung branjangan di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang kelmarin berdasarka­n risikan dibuat.

“Justeru, kami lancarkan operasi ke kawasan terbabit dengan menggerakk­an sebuah bot ronda APMM.

“Sebaik sampai ke lokasi jam 3 petang, terdapat bot keluar dari persempada­nan perairan negara jiran dan sebaik menyedari kehadiran APMM, awak-awak bot terbabit membuang sebahagian sangkar menyimpan burung terbabit,” katanya, dalam satu kenyataan.

Amran berkata, kumpulan seorang tekong dan tiga awak-awak berusia 38 hingga 55 tahun itu ditahan pada kedudukan 4.97 batu nautika Tanjung Gabang, Selangor.

 Tiga awak-awak termasuk seorang anggota penguat kuasa Indonesia ditahan

Alor Gajah: Burung branjangan atau dikenali sebagai Mirafra Javanica adalah spesies burung kicau (passerifor­mes) yang termasuk dalam keluarga burung Alaudidae iaitu burung periang yang sentiasa berkicau.

Spesies burung ini mendiami padang rumput dan banyak terdapat di Australia serta Asia Tenggara.

Identiti burung branjangan ini dikenali berwarna coklat dengan garis kelabu dan berbintik.

Burung ini menjadi buruan di Indonesia kerana suaranya. Harganya terletak pada keindahan dan unik kicau suara dihasilkan dan kini mendapat permintaan tinggi di negara jiran.

Menurutnya, semua mereka gagal mempamer dokumen pengenalan diri.

“Kami dapati terdapat 300 burung pelbagai spesies cuba diseludup dan

hanya 279 daripadany­a diambil semula dari laut, tapi hanya tiga ekor masih hidup.

“Burung itu disyaki dibawa dari Vietnam melalui jalan darat ke Thailand dan memasuki Malaysia sebagai transit sebelum diseludup ke negara jiran, Indonesia untuk tujuan komersial,” katanya.

Tambah beliau, semua burung dari pelbagai spesies burung terancam dan dilindungi di bawah World Wildlife Fund (WWF) dan salah satu spesies yang dikenal pasti ialah burung branjangan.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memeriksa kotak yang digunakan bagi menyimpan burung branjangan, kelmarin.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa kotak yang digunakan bagi menyimpan burung branjangan, kelmarin.
 ??  ?? BURUNG branjangan
BURUNG branjangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia