Harian Metro

Intai juara dunia

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

 Aaliyah perlu pamer aksi terbaik di IWWF

Selepas kejayaan menang tiga pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, ratu luncur air Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah kini memasang impian untuk muncul juara dunia dalam acara trick kategori wanita 17 tahun ke bawah (B-17) dan terbuka seawal 2020 nanti.

Ketua jurulatih merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n, Persekutua­n Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF), Hanifah Yoong menegaskan, beliau berkeyakin­an Aaliyah mampu meraih kejayaan lebih besar dengan muncul juara dunia acara trick wanita dan terbuka dalam tempoh lima tahun akan datang.

Hanifah yang juga bapa

(gambar)

Aaliyah, yakin anak perempuann­ya yang bakal mencapai umur 15 tahun Julai ini, berpeluang merangkul gelaran juara dunia acara trick bagi kategori wanita B-17 buat pertama kali ketika berusia 17 tahun iaitu pada 2020.

“Sebagai langkah awal, Aaliyah perlu mempamer aksi terbaik dan menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga terbaik keseluruha­n dan menaiki podium di Kejohanan Luncur Air Dunia B17 anjuran Persekutua­n Ski Air dan Papan Luncur Antarabang­sa (IWWF) di Madrid, Sepanyol, pada Ogos nanti.

“Dari situ kita menyasarka­n Aaliyah akan muncul juara dunia kategori terbuka pada 2021 dan juara dunia keluruhan pada 2023,” katanya yang turut bangga dengan pencapaian Aaliyah yang kini tersenarai sebagai peluncur kedua terbaik dalam acara tricks dan kelima keseluruha­n dalam ranking dunia terbaru dikeluarka­n IWWF.

Selain Aaliyah, dua adik lelakinya, Adam, 10, dan Aiden, 12, turut menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan dalam ranking terbaru dikeluarka­n IWWF dengan Adam kini menduduki ranking pertama Asia B-17 diikuti Aiden di tempat kedua. Lebih membanggak­an, Adam dan Aiden turut menduduki tangga kedua dan ketiga dalam kategori trick terbuka lelaki Asia ketika ini.

Mengulas lanjut, Hanifah berkata, MWWF kini sedang merangka pelan pembanguna­n dan latihan khusus bagi membantu meningkatk­an prestasi semua atlet luncur air dari Malaysia dan menjadikan Aaliyah sebagai rakyat Malaysia dan Asia pertama muncul juara dunia dalam tempoh lima tahun mulai sekarang.

Hanifah juga melahirkan rasa gembira selepas melihat Aaliyah mengecapi kejayaan demi kejayaan setiap tahun tanpa menghadapi sebarang masalah dan tekanan daripada MWWF.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia