Harian Metro

Skuad B-23 perlu bijak kawal tekanan: Wan Jamak

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad negara perlu bijak menangani tekanan selepas mengesahka­n status sebagai lapan pasukan terbaik pada Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia B-23 di Kunshan, China, kelmarin.

Jelas bekas

pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sudah mencuri tumpuan beberapa pencabar pada kejohanan itu selepas mencipta kejutan menundukka­n naib juara 2013, Arab Saudi 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sekali gus mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan C.

“Di peringkat kumpulan, status selaku pasukan bukan pilihan apatah lagi diundi bersama pasukan Timur Tengah yang memiliki reputasi tinggi memberikan kelebihan kepada Malaysia kerana mereka dapat turun tanpa sebarang tekanan.

“Namun, selepas melayakkan diri ke suku akhir, situasi kini berbeza yang mana mereka tidak lagi dipandang sebagai pasukan bukan pilihan. Jadi pasukan harus menangani tekanan dengan baik supaya dapat mara lebih jauh dalam kejohanan ini.

“Bagaimanap­un, selepas melihat tiga aksi peringkat kumpulan dan peningkata­n yang berjaya ditunjukka­n dalam setiap perlawanan, saya yakin Kim Swee dan anak buahnya tidak akan berdepan masalah untuk beraksi di bawah tekanan pada suku akhir nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia akan menentang juara Kumpulan D pada suku akhir Sabtu ini. Korea Selatan, Vietnam, Australia dan Syria akan berentap hari ini bagi memburu dua tempat terakhir ke peringkat itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia