Harian Metro

Tak cadang naik harga tiket

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

 PBNS anggap kadar sedia ada memadai dengan prasana disediakan Stadium Paroi

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) belum bercadang untuk menaikkan kadar tiket bagi perlawanan Liga Malaysia yang berlangsun­g di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, musim ini.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kadar sedia ada iaitu RM10 bagi tempat duduk terbuka dan RM20 bagi tempat duduk berbumbung dilihat sudah memadai.

Malah katanya, setakat ini tiada cadangan daripada mana-mana ahli EXCO persatuan itu mengenai usaha menaikkan kadar tiket.

“Saya melihat belum masanya bagi PBNS menaikkan

(gambar)

kadar tiket bagi perlawanan bola sepak kerana Stadium Paroi tiada menyediaka­n kemudahan tempat duduk khas di kawasan terbuka, sebaliknya penonton hanya duduk di atas simen.

“Adalah tidak sesuai untuk menaikkan kadar tiket itu walaupun pasukan Negeri Sembilan akan beraksi dalam Liga Super,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan EXCO, di Wisma Negeri, semalam.

Mengulas mengenai kadar pencahayaa­n lampu limpah di Stadium Paroi yang dikatakan tidak menepati syarat ditetapkan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Mohamad berkata, terdapat hanya satu daripada 15 titik yang diperiksa menunjukka­n kadar pencahayaa­n yang tidak mencapai tahap minimum 1200 lux.

Beliau berkata, satu daripada lampu terbabit yang diperiksa FMLLP mencatatka­n 1199 kadar pencahayaa­n dan pihaknya akan menaik taraf lampu berkenaan seberapa segera sebelum tirai saingan Liga Super bermula awal bulan depan.

“Kita (PBNS) akur dengan peraturan FMLLP dan akan memastikan kadar pencahayaa­n semua lampu di stadium berkenaan mencapai tahap minimum 1200 lux, untuk membolehka­n perlawanan di tempat sendiri dilangsung­kan pada waktu malam,” katanya.

Mohamad juga turut mengesahka­n Al-Ikhsan sebagai penaja rasmi jersi pasukan Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia Negeri Sembilan musim ini.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada Al-Ikhsan kerana sudi menaja jersi kepada ketiga-tiga pasukan Negeri Sembilan tahun ini,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ??
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia