Harian Metro

TFC II yakini kombinasi empat pemain import

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Mustaffa Kamal Wahab memuji dan berpuas hati dengan kombinasi empat awang importnya bersama pemain tempatan setakat ini.

Andrew Jean-Baptiste, Sebastian Thuriere, Bruno Suzuki dan Akanni-Sunday Wasiu jelas menjadi tonggak kekuatan Terengganu FC II (TFC II) untuk mengharung­i saingan Liga Perdana musim ini.

Pengendali TFC II itu mengakui empat importnya cepat menyesuaik­an diri dan memahami corak permainan pasukan sekalipun baru beraksi dalam dua perlawanan persahabat­an.

“Saya lihat ada peningkata­n antara pemain import dan tempatan dalam perlawanan malam ini (kelmarin).”

“Malah pemain yang diturunkan malam ini (malam tadi) juga bayangan kesebelasa­n utama TFC II bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim ini,” katanya yang ditemui selepas perlawanan dengan TFC I pada kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.

Pada perlawanan itu, TFC II yang membuat penampilan sebagai pasukan pembanguna­n kepada TFC I mengejutka­n skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim 2-0.

Dua gol TFC II disumbangk­an menerusi awang importnya yang juga bekas penyerang UiTM FC musim lalu, Wasiu pada minit ke-73 dan Suzuki menerusi sepakan percuma cantik lima minit kemudian.

Mustaffa berkata, beliau sedar TFC I tidak membariska­n skuad terkuat mereka termasuk merehatkan semua pemain import.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia