Harian Metro

Tumpu filem pada tahun ini

- DARI MUKA 1

Zizan berazam beri sepenuh tenaga kepada penggambar­an

sepanjang 2018

“Saya bukannya beralah dan mahu memberi laluan kepada mereka. Sebaliknya saya mahu perlahanka­n sementara bidang komedi disebabkan mahu fokus kepada cabaran baru dalam kerjaya seni.

“Saya tidak lihat kehadiran mereka sebagai persaingan kerana masing-masing ada rezeki sendiri. Lagipun, seseorang pelawak itu pastinya memiliki peminat tersendiri yang sentiasa menyokong karier mereka,” katanya.

Apa yang pasti, Zizan menanam azam untuk lebih fokus kepada filem pada tahun ini. Baginya, dia mendapat kepuasan yang berbeza setiap kali menjayakan mana-mana naskhah membabitka­n filem.

Disebabkan itu, seboleh-bolehnya dia mahu berikan sepenuh tenaganya kepada penggambar­an sepanjang tahun ini. Lagipun, menurutnya, jadual untuk tahun ini saja sudah hampir penuh.

“Boleh dikatakan jadual saya untuk tahun ini memang sudah agak penuh. Saya juga ke Indonesia tahun lalu untuk perbincang­an mengenai filem di sana.

“Saya memang mahu fokuskan kepada filem sekarang ini yang lebih banyak cabarannya. Lagipun, hasil pencapaian daripada filem sangat memuaskan apalagi

Abang Long Fadil 2 sendiri mencipta rekod tersendiri.

“Filem akan dikenang sampai bila-bila, begitu juga dengan lakonan yang meninggalk­an impak sendiri. Itulah yang saya mahu capai dalam karier saya agar boleh dikenang seperti Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee,” katanya.

Sempena tahun baru ini, Zizan juga tidak mahu terlalu memikirkan soal menamatkan zaman bujang. Hakikatnya, ia belum menjadi agenda utamanya mahupun meletakkan­nya sebagai azam tahun ini.

Bagaimanap­un, dia tidak menolak jodoh jika benar ‘serunya’ sampai pada tahun ini. Impian untuk berkeluarg­a sendiri memang ada.

Disebabkan itu, dia hanya mahu menyerahka­nnya kepada Tuhan.

“Niat itu memang ada, insya-Allah, kalau ada rezeki tetapi jodoh itu saya tidak tahu. Kedengaran memang klise tetapi saya minta semua doakan saja yang terbaik,” katanya.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan aktres Mira Filzah namun keduadua selebriti terkenal itu memberitah­u hubungan mereka sekadar kawan. -Georgie Joseph

 ??  ?? Boleh dikatakan jadual saya untuk tahun ini memang agak penuh. Saya juga ke Indonesia tahun lalu untuk perbincang­an mengenai filem di sana
Boleh dikatakan jadual saya untuk tahun ini memang agak penuh. Saya juga ke Indonesia tahun lalu untuk perbincang­an mengenai filem di sana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia