Harian Metro

Konsert armada 17 mac

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Selepas 10 tahun membabitka­n diri dalam bidang seni, baru kini kumpulan dari seberang yang menggelar diri mereka sebagai Armada yakin untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Bakal berlangsun­g pada 17 Mac di KL Live @ Live Center, Kuala Lumpur, kumpulan yang dianggotai lima anak muda kini popular dengan lagu berjudul Asal Kau Bahagia.

Konsert yang diberi nama Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour itu menjadi rentetan selepas pelancaran album Maju Terus Pantang Mundur yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai konsert itu, kumpulan yang dianggotai Rizal (vokal), Radha dan Mai (gitar), Andit (dram) dan Endra (bass) itu berkata, walaupun mengambil masa lama untuk mengadakan konsert di sini, mereka yakin dengan apa yang sudah diaturkan pengurusan.

“Sejujurnya kami sudah lama berhasrat mengadakan konsert di sini, namun begitu di Indonesia negaranya sudah cukup besar dan sehingga kini masih banyak negeri dan daerah belum sempat dikunjungi.

“Kami anggap ini peluang dan masa terbaik mengadakan konsert di sini. Pada masa sama, dengan pelancaran album terbaru daripada kami, diharap peminat turut teruja,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi keadaan pemain bass kumpulan ini, Endra, masing-masing akur apabila kini terpaksa bermain empat orang saja.

“Sudah enam tahun

Endra tidak dapat mengadakan persembaha­n bersama kami. Penyakit meningitis atau radang pada selaput otak yang dihadapi menyukarka­nnya untuk lebih bergerak aktif, sedangkan kerja kami memerlukan lebih banyak tenaga.

“Namun, untuk kerja di studio dan penghasila­n lagu Endra masih membantu dan sebagai sahabat yang pernah susah bersama-sama kami menggangga­p yang kumpulan ini masih berlima dan tidak mungkin ada pengganti Endra,” katanya.

Rizal berkata, pada konsert mereka nanti

Endra akan turut sama hadir walaupun tidak dapat membuat persembaha­n.

“Sementara Endra masih sakit, setiap kali mengadakan persembaha­n kami akan mengambil pemain bass sambilan.

“Bukan tidak mahu beri Endra peluang namun pernah sekali ketika mengadakan persembaha­n di Indonesia, Endra mengalami muntah-muntah dan menggigil.

“Kami mahu dia fokus dengan kehidupann­ya sekarang tanpa perlu tertekan dengan persembaha­n. Itulah yang terbaik selagi dia masih hidup,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri Mai, Rizal, Radha dan Andi.
DARI kiri Mai, Rizal, Radha dan Andi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia