AI dominasi dunia
Microsoft yakin mampu beri manfaat tanpa sedar, mudahkan manusia
“Konsep AI bukan baru malah kita lihat semula pada 1950 apabila perintis pengkomputeran awal, Alan Turing membangkitkan soalan ‘bolehkah mesin berfikir?’.
“Kemudian, enam tahun berikutnya iaitu pada 1956, istilah ‘kecerdasan buatan’ mula digunakan,” katanya.
Katanya, ia sudah mengambil masa hampir 70 tahun untuk gabungan faktor yang tepat untuk bersama memindahkan AI daripada hanya berlandaskan konsep kepada realiti yang semakin ada di manamana.
“Terdapat tiga trend inovasi yang memacu dunia sekarang,” katanya.
Beliau berkata, antaranya data besar yang berlaku apabila ledakan peranti, sensor dan objek yang berkaitan Internet memperluaskan jumlah data yang kini dihasilkan dunia.
“Dalam era yang semakin digital ini, data adalah ‘petrol baru’ iaitu sumber nilai dan kelebihan daya saing yang mampan,” katanya.
Selain itu, Haupter mengatakan faktor kedua membabitkan perkomputeran ‘cloud’ di mana-mana dan lebih berkuasa.
“Hari ini sesiapa yang mempunyai idea dan kad kredit boleh mengakses kuasa perkomputeran yang secara tradisinya, hanya syarikat multinasional atau kerajaan saja yang mampu memilikinya.
“Perkomputeran cloud berjaya mendemokrasikan teknologi dan mempercepatkan inovasi,” katanya.
Faktor ketiga menurut Haupter yang memacu keupayaan AI adalah penemuan dalam algoritma perisian dan pembelajaran mesin (machine learning) yang dapat mengenal pasti corak yang canggih tersirat dalam data itu sendiri.
“Jika data adalah petrol baru, pembelajaran mesin pula enjin pembakaran baru,” katanya.
Jadi, ia adalah gabungan trend industri kukuh yang semuanya matang pada masa yang sama sekali gus mempercepatkan AI hari ini.
Ketua Pembangunan & Penyelidikan AI Microsoft Harry Shum, pula merujuk cara AI yang akan memberi kesan kepada kehidupan kita sebagai ‘revolusi yang halimunan’.
“Apa yang beliau maksudkan adalah AI akan berada di manamana yang menggerakkan enjin carian ‘online’ anda, bertindak sebagai pembantu ‘chat virtual’ untuk akaun bank atau menjadi ejen pelancong, memperibadikan berita anda atau menjaga kad kredit daripada penipuan,” kata Haupter.
Kata Haupter, AI akan lebih meluas tapi kurang invasif berbanding revolusi teknologi sebelumnya.
Secara khususnya, AI akan dibenamkan dalam produk dan perkhidmatan yang sedia ada untuk meningkatkan keupayaan mereka.
“Contoh mudah yang saya ingin kongsikan mengenai bagaimana AI membantu saya bekerja dengan lebih berkesan pada hari ini.
“Saya sering mengembara dan diminta untuk hadir ke khalayak ramai yang mempunyai pelbagai bahasa ketika menyertai lawatan