Harian Metro

Sistem lampu rumah

-

Philips Hue buat anda pintar

malas rupanya’.

Sebaik saja membeli kit permulaan ini, anda akan mendapati satu set lengkap daripada mentol lampu hingga mesin yang menghubung­kannya.

Jangan panik kerana cara memasangny­a mudah ditambah manual yang mudah difahami sudah pasti melegakan.

Anda tidak memerlukan juruteknik, cukup sekadar pengetahua­n memasang mentol lampu, Internet dan sedikit saja pemahaman yang boleh dipelajari di Internet.

Mulamula anda perlu pasang mentol terlebih dulu di mana saja anda rasakan sesuai, sama ada di ruang tamu atau bilik tidur.

Penguji memasangny­a di keduadua kawasan terbabit yang boleh dikatakan agak penting.

Seterusnya, anda hanya pasang mesin Hue terbabit kepada router dan jangan lupa masukkanny­a dalam plug kuasa kerana ia masih memerlukan elektrik (tidak beroperasi sekiranya tak digunakan).

Selepas itu, pindah turun aplikasi Hue yang tersedia untuk peranti iOS dan Android dan tunggu sehingga aplikasi itu sendiri mengesan mentol di rumah anda.

Ia boleh mencari lokasi mentol anda dengan pantas, jadi jangan risau sekiranya proses ini memakan masa lama.

Sebaik saja mentol anda ditemui, ia boleh digunakan!

Philips bekerja keras untuk membangunk­an aplikasiny­a yang menyaksika­n banyak peningkata­n tahun ke tahun.

Antaramuka utama membolehka­n anda mengawal semua mentol sebagai satu kumpulan. Anda boleh tekan suis ke kanan skrin untuk menghidupk­annya.

Paling menarik, anda mampu menyesuaik­an warna mentol mengikut cita rasa sendiri pada aplikasi ini.

Cara paling mudah untuk melakukann­ya dengan pemandanga­n yang ditetapkan oleh Philips terdiri daripada ‘Spring Blossom’ hingga ‘Savanna Sunset’.

Sekiranya anda ingin cahaya sendiri, tetapkan saja dengan fungi manual pada aplikasi ini.

Paling penting ialah bahagian rutin aplikasi. Dari sini, anda dapat menetapkan lampu untuk mematikan secara automatik apabila anda tiba atau meninggalk­an rumah.

 ??  ??
 ??  ?? KOMEN
Keseluruha­n: Reka Bentuk: Prestasi:
Mesra pengguna:
Inovasi:
KOMEN Keseluruha­n: Reka Bentuk: Prestasi: Mesra pengguna: Inovasi:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia