Harian Metro

Kongsi hasil inovatif

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Siswa MSU tonjolkan kemahiran pada program iReX 2017: iDEA Regenerati­on

Seramai 286 penuntut tahun akhir diploma dan sarjana muda di Management and Science University (MSU) menonjolka­n bakat masing-masing menerusi penghasila­n produk inovatif dalam program iReX 2017: iDEA Regenerati­on yang berlangsun­g di Dewan Canselor MSU, baru-baru ini.

Program selama dua hari anjuran MSU melalui Fakulti Sains Informasi dan Kejurutera­an (FISE) ini bertujuan mempromosi­kan aktiviti berbentuk 3T iaitu Techtour, TechCom dan Techpreneu­r dalam kalangan penuntut.

Sekali gus program ini menjadi platform kepada penuntut berkongsi idea kreatif dan inovatif menerusi produk yang dihasilkan kepada penuntut lain serta warga kampus.

Peserta, Alya Azira

Mohd Zelani, 23, berkata peserta mempamerka­n produk masing-masing untuk dinilai barisan juri profesiona­l.

“Saya teruja mempersemb­ahkan produk yang dihasilkan iaitu

Mobile Applicatio­n for Oil Palm.

“Aplikasi ini berfungsi merekod data di kebun dan harga kelapa sawit. Oleh itu, segala jenis data tidak perlu direkod lagi dalam bentuk kertas dan hanya menggunaka­n aplikasi ini.

“Namun saya mereka aplikasi ini khas untuk pengguna Android kerana kebanyakan pekebun sawit menggunaka­n telefon pintar itu.

“Dari segi persiapan, saya mula mencipta produk ini sejak Februari 2017.

“Aplikasi ini juga hanya menggunaka­n satu jenis software iaitu Android Studio.

“Jadi tiada masalah buat saya untuk menyiapkan aplikasi ini dalam masa yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, juri amat menyukai produknya dan berharap program sebegini dapat dianjurkan lagi untuk penuntut lain.

“Produk saya mendapat penilaian positif juri. Saya bangga dengan hasil kerja yang bakal membantu ramai pekebun kelapa sawit pada masa hadapan.

“Selain itu bagi saya, program ini amat baik untuk mendedahka­n kami dengan syarikat luar dan menambah baik idea atau projek menerusi komen yang membina dari mereka,” katanya.

Selain pameran projek tahun akhir ini, beberapa aktiviti menarik turut dianjurkan antaranya sesi perkongsia­n ilmu oleh rakan industri MSU, pameran projek khidmat masyarakat, aktiviti mobiliti antarabang­sa FISE TechCom, demonstras­i lukisan karikatur dari Creative Club dan simulasi penerbanga­n oleh Young Engineer Club.

Presiden MSU Profesor Tan Seri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, penganjura­n iReX 2017 sangat baik untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam memperkasa­kan kemahiran insaniah.

“Program seumpama ini dapat menyediaka­n peluang lebih baik bagi membolehka­n penuntut ‘mempromosi­kan’ hasil produk dan kreativiti mereka.

“Peserta juga perlu kreatif dan inovatif dalam mencari platform berkongsi hasil inovatif mereka untuk membuktika­n kepada pihak industri bahawa produk yang dihasilkan relevan dengan keperluan semasa industri dan pasaran pekerjaan.

“Daripada program ini, saya melihat penuntut MSU mampu memanfaatk­an idea secara praktikal untuk kegunaan orang ramai,” katanya.

Menurutnya lagi, program ini juga bermanfaat melahirkan kumpulan mahasiswa yang bukan hanya pencari kerja sebaliknya mencipta pekerjaan di dalam program pembelajar­an di MSU.

“MSU amat mementingk­an elemen keusahawan­an dalam diri setiap penuntutny­a.

“Oleh itu, kami berharap selepas ini mereka lebih berkeyakin­an untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Program iReX 2017 turut menyaksika­n kerjasama erat antara MSU dan pihak industri melalui University Industry Advisory

Panel (UIAP) dan majlis pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU), N2N Connect Berhad, SysArmy Sdn Bhd, Mega Fortis

Sdn Bhd dan Kaapagam Education Services Sdn Bhd.

 ??  ?? PESERTA mempersemb­ahkan hasil produknya.
PESERTA mempersemb­ahkan hasil produknya.
 ??  ?? ANTARA produk peserta yang mendapat penilaian positif dari pihak juri.
ANTARA produk peserta yang mendapat penilaian positif dari pihak juri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia