Harian Metro

Kereta rempuh lelaki lintas jalan

-

Lahad Datu: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 6 Jalan Lahad Datu-Tungku berhampira­n simpang Taman Warisan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi, mangsa dikenali sebagai Mazlan Ahmad, 22, berasal dari Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, sebelum kejadian mangsa yang tidak bekerja dipercayai melintas jalan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebuah kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Tungku ke pekan Lahad Datu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa hingga menyebabka­n lelaki itu tercampak ke bahu kiri jalan.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian segera menghubung­i pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

“Bagaimanap­un, mangsa yang parah di kepala dan patah bahu kanan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, pihak polis masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian termasuk memburu pemandu kenderaan terbabit yang meninggalk­an lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksika­n kejadian diminta tampil ke Balai Polis Lahad Datu atau menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Kemil Rahmat di talian 089-881255 bagi membantu siasatan.

 ??  ?? MANGSA maut di tempat kejadian.
MANGSA maut di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia