Harian Metro

Tragedi tiga beradik

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Hasrat tiga beradik berkunjung ke bandar ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut, manakala dua lagi parah selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam parit di Kilometer 15, Jalan Sibu-Sarikei dekat Paradom, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki parit di lokasi kejadian.

Kemalangan itu mengakibat­kan mangsa Lu Shi Yiong, 24, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut, manakala kakaknya berusia 29 dan adik perempuann­ya berusia 22 tahun parah.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika kejadian kereta dipandu kakak sulung mangsa dalam perjalanan dari Sarikei menghala ke bandar ini.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu hilang kawalan menyebabka­n kenderaan itu terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam parit.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut, manakala dua lagi cedera turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan

 Seorang maut, dua parah kereta nahas

pada jam 8 malam berhubung kejadian.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu yang tiba di lokasi kejadian mendapati semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum dikeluarka­n,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an
mangsa kemalangan.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia