Teruja terima maklum balas positif menteri
Putrajaya: “Saya lega usaha membawa perkara ini kepada menteri berwajib tercapai kerana sekurang-kurangnya kami penduduk di sini mengambil inisiatif semampunya.
“Terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberi maklum balas positif dan mengambil langkah segera untuk meneliti keperluan membina masjid baru,” kata Datuk Norizan Ali ketika ditemui di Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.
Beliau yang juga Penaung Kempen 1,000 Tandatangan Pembinaan Masjid Baru di Parlimen Kepong berkata, sebanyak 1,277 tandatangan berjaya dikumpulkan dan diserahkan bersama permohonan dalam pertemuan bersama Jamil di Putrajaya, semalam.
Katanya, pihaknya juga mengusulkan tanah di Taman Laman Rimbunan di Kepong seluas lebih dua ekar yang juga tanah rizab milik MAIWP dijadikan sebagai tapak masjid baru.
“Alhamdulillah, kita sudah berbincang dengan menteri dan menerangkan perlunya sebuah lagi masjid dalam Parlimen Kepong,” katanya. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati, berlaku kegagalan pematuhan anggota dan pegawai Balai Polis Bandar Baru Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Lokap Berpusat Shah Alam sepanjang mengendalikan kes S Balamurugan yang mati dalam tahanan Februari tahun lalu.
Pengerusinya, Datuk A Aziz A Rahim berkata, kegagalan pematuhan itu adalah terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan prosedur operasi standard (SOP) malah, ia turut membabitkan pengendalian tahanan lain.
Menurutnya, kegagalan pematuhan ini membabitkan proses sewaktu pengendalian si mati dan tahanan lain serta proses pengendalian dokumen yang mampu menjejaskan siasatan kes terhadap si mati dan tahanan lain serta siasatan laporan mati mengejut.
“Suruhanjaya mendapati ruang khas orang kena tahan (OKT) di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Utara digunakan sebagai lokap tidak diwartakan.
“Ini melanggar Kaedah-Kaedah Lokap 1953, Akta Penjara 1995 dan PTKPN Bahagian A ‘118’ serta penahanan OKT di ruangan itu boleh dianggap penahanan secara salah oleh polis,” katanya pada sidang media dapatan EAIC di sini, semalam.