RELA ‘TABUR’ DUIT BAM sokong keputusan Chong Wei
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan dia rela membayar denda daripada terpaksa memenuhi komitmen beraksi dalam 12 kejohanan diwajibkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk setahun.
Selepas masih tidak menerima maklum balas BWF berhubung permohonan pengecualian dikemukakannya,
(gambar)
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menyokong keputusan Lee Chong Wei untuk memilih kejohanan yang akan disertainya musim ini, walaupun terpaksa membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Kelmarin, pemain perseorangan nombor dua dunia itu mengetuai penyingkiran pemain utama apabila tewas mengejut pada pusingan pertama Kejohanan Masters Malaysia, yang menimbulkan persoalan mengenai pemberontakan terhadap undang-undang baharu BWF itu.
Mengikut peraturan baharu itu, 15 pemain terbaik mesti melengkapkan sekurang-kurangnya 12 kejohanan utama dalam setahun.
Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai, ketika ditemui di Axiata Arena hari ini
Chong Wei tegaskan dia sanggup bayar denda daripada sertai 12 kejohanan diwajibkan BWF
Chong Wei berkata, jalan terbaik adalah membayar denda kerana mustahil untuknya memenuhi peraturan baharu ditetapkan badan induk dunia itu memandangkan usianya kini 36 tahun.
“Saya akan bincang perkara ini dengan jurulatih dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Jika perlu bayar denda, bayar sajalah kerana saya bukan muda lagi untuk bermain dalam banyak kejohanan.
“Jika BWF mahu ubah atau kaji semula peraturan ini, sejak awal lagi mereka boleh lakukan tapi sekarang kejohanan sudah bermula.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, fokus utama saya tahun ini adalah Sukan Komanwel (di Gold Coast, April) berkata: “Kami sepenuhnya bersetuju dengan Chong Wei. Tak masuk akal pemain perlu bermain 12 kejohanan setahun.
“Dia tewas pada pusingan pertama kerana dia tidak bersedia secara fizikal dan mental untuk kejohanan ini (Masters Malaysia).
“Mengikut pusingan sebelum ini (Super Series), pemain utama hanya perlu bermain lapan hingga sembilan kejohanan, ia masih ok. Pada penghujung musim, mereka ada masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk berehat dan pulih sebelum kejohanan utama pertama (All England).
“Ia ok, kami akan menyokong Chong Wei. Dia akan berbincang dengan jurulatihnya sebelum memberikan perancangan kejohanan yang akan disertainya. Jika dia kena bayar denda kerana tidak menyertai beberapa kejohanan, BAM akan membayarnya.”
dan Sukan Asia (di Palembang-Jakarta, Ogos),” kata Chong Wei ketika ditemui selepas perlawanan pusingan pertama Masters Malaysia, kelmarin.
Pada aksi itu, Chong Wei ditunjukkan jalan keluar selepas tewas kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto 21-19, 18-21, 19-21.
Turut tersingkir pada pusingan pertama semalam tiga lagi pemain pilihan iaitu Lin Dan (China), Chen Long (China) dan Son Wan Ho (Korea Selatan), sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia reaksi bantahan terhadap peraturan baharu ditetapkan BWF dengan membuktikan semua pemain tidak mampu memberikan yang terbaik dalam setiap kejohanan.
Berdasarkan
peraturan
baru BWF, semua pemain yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia diwajibkan menyertai 12 kejohanan setahun (tiga kejohanan Tahap 2, lima kejohanan Tahap 3 dan empat kejohanan Tahap 4).
Masters Malaysia adalah kejohanan pertama dalam Tahap 4.
Jika pemain utama tidak menyertai kejohanan yang ditetapkan tanpa alasan kukuh, mereka boleh dikenakan denda AS$5,000 (RM19,800).
Dalam situasi ini, Chong Wei kemungkinan besar secara keseluruhannya perlu beraksi 19 kejohanan tahun ini termasuk Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Kejohanan Berpasukan Asia, Jelajah Akhir Dunia, Kejohanan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.